Bomba keluarkan satu mayat dihempap runtuhan jambatan - pakdin.my

 

jambatan-kedua-pulau-pinang-runtuh-bomba2

GEORGETOWN: Bomba dan Penyelamat mengesahkan menemui satu mayat di dalam sebuah kereta, dipercayai jenis Perodua Kelisa, lewat malam tadi.

Bagaimanapun, setakat ini belum dapat dipastikan jumlah mangsa di dalam kenderaan terbabit dan usaha untuk mengeluarkan mangsa lain sedang dijalankan.

Polis mengesahkan tiga orang termasuk dua pekerja dan seorang awam cedera selepas rangka susur masuk Jambatan Kedua Pulau Pinang di sini, petang tadi.

Polis juga mengesahkan empat mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Kelisa maut dihempap runtuhan sebahagian rangka susur masuk Jambatan Kedua Pulau Pinang di sini, petang tadi.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, sehingga jam 11 malam lebih 100 anggota tnasuk pegawai polis; 11 anggota Persatuan Bulan Sabit Merah dan 50 anggota bomba dari lima balai sedang bertungkus lumus melakukan operasi mencari dan menyelamat.

UTAMABERITABomba keluarkan satu mayat dihempap runtuhan jambatan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium