Boss Mat Sabu Adalah Guan Eng, Bukan Hadi - pakdin.my

lim-guang-eng-boss-mat-sabu

Seorang pengomen laman ini, ‘pasmi’ mendedahkan boss sebenar Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) adalah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan bukannya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang telah ‘mengikat’ Mat Sabu dengan satu jawatan di Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBA).

“Mat Sabu dilantik sebagai pengarah di dalam syarikat bekalan air Pulau pinang. Gaji dan elaun beliau belasan ribu sebulan. Boss besar beliau sekarang adalah Lim Guan Eng, bukan Haji Hadi.

“Sebab itu Mat Sabu tidak pernah melenting bila Lim Guan Eng kritik PAS atau Haji Hadi.

“Jika Mat Sabu jadi Presiden (PAS), maka PAS akan jadi pak turut kepada DAP dan PKR.

“Dengan ilmu agama yang sedia ada bagaimana mungkin beliau mampu mengemudi satu pergerakan Islamiyah terbesar di Malaysia. Bakal terhempas di jurang paling dalam mungkin,” katanya ketika mengulas artikel “Mat Sabu Cabar Hadi ?

Pendedahan ‘Pasmi’ hampir sama dengan kenyataan Amran Ahmad, ahli seumur hidup DAP yang pernah berkhidmat sebagai pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang

Amran yang merupakan anak bekas naib pengerusi DAP allahyarham Ahmad Nor berkata Mat Sabu telah dilantik ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBA).

“Selain (Datuk) Salleh Man, pimpinan PAS Pulau Pinang mendapat lantikan dua kerusi sebagai ahli majlis majlis perbandaran di samping Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang berjaya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS pada muktamar kali ini dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP),”katanya ketika menulis artikel bertajuk “Apa lagi PAS mahu?” kepada Malaysiakini.

Amran berkata demikian sebagai membidas sikap perwakilan PAS yang mengkritik Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam muktamar parti itu pada tahun 2013, sedangkan PAS yang hanya memiliki 3 peratus daripada 30 kerusi milik Pakatan Rakyat dalam DUN di negeri itu.

Perkara sama turut dilaporkan facebooker Chow Yu Hui 邹宇晖 Mat Sabu, Ahli Lembaga Pengarah PBAPP telah hadir bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk menyerahkan bantuan banjir kepada Ahli Parlimen PAS Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli.

Pendedahan ini mungkin menjawab mengapa PBAPP membayar kos rawatan Mat Sabu yang pernah ditimbulkan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada tahun 2011.

Reezal pada tahun itu dilaporkan Mstar menuntut penjelasan Guan Eng berkenaan kos rawatan Mat Sabu di Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam untuk bagi menjalani pembedahan ekoran ligamen kaki kanannya yang terkoyak

Kos rawatan sebenar Mat Sabu adalah berjumlah RM5060.55, namun yang dituntut adalah RM8000.

“Yang dituntut melebihi RM3,000 daripada kos rawatan sebenar. Jadi ini adalah bukti wujudnya amalan penyelewengan wang rakyat di Pulau Pinang.

“Kalau sebelum ini Guan Eng kata Pulau Pinang bebas daripada amalan penyelewengan, ingin saya nyatakan bahawa ini sememangnya tindakan penyelewengan…beliau perlu jawab,” kata Reezal.

Menurutnya, walaupun Mat Sabu merupakan Ahli Lembaga Pengarah PBA, namun beliau tidak mempunyai asas yang kukuh untuk menuntut anak syarikat kerajaan Pulau Pinang itu menanggung kos rawatannya.

Katanya menerusi perjanjian kolektif (CA) antara PBA dengan pekerja, syarikat itu tidak akan membayar kos rawatan terhadap kesakitan yang diakibatkan oleh penyertaan aktiviti haram.

“Apa istimewa sangat Mat Sabu? RM 8,000 ini digunakan untuk membiayai perbelanjaan rawatan beliau yang diakibatkan oleh penyertaan beliau dalam perhimpunan haram Bersih,” katanya.

PASMA Akui Anwar & DAP Sumber Kekuatan

UTAMAPOLITIKBoss Mat Sabu Adalah Guan Eng, Bukan Hadi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium