BOT KARAM, BERPULUH PELARIAN ROHINGYA DIKHUATIRI HILANG - pakdin.my

NAYPYIDAW: Berpuluh puluh pelarian Rohingya dikhuatiri hilang apabila bot yang mereka naiki karam selepas dikejar tentera Myanmar menggunakan bot laju semalam.

Bot dipercayai sarat dengan sekurang-kurangnya 31 pelarian Islam Rohingya itu dikatakan cuba melarikan diri ke Bangladesh namun karam sebaik tiba di sempadan sungai Naf, kata agensi berita AFP.

Satu sumber Rohingya memberitahu AFP mengenai penemuan 13 mayat wanita dan kanak-kanak dua daripadanya dengan kecederaan tembakan, ditemui hanyut di tebing sungai dekat kampungnya di sebelah Myanmar.

Bagaimanapun polis Bangladesh dan pengawal sempadan tidak dapat mengesahkan insiden ini.

Myanmar menafikan tuduhan berlakunya penderaan dan turut melarang wartawan asing dan penyiasat persendirian dari masuk ke kawasan itu untuk menyiasat.

Pengawal sempadan Bangladesh
Pengawal sempadan Bangladesh
UTAMADUNIABOT KARAM, BERPULUH PELARIAN ROHINGYA DIKHUATIRI HILANG

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium