Bot Karam Batang Lassa: 1 mayat ditemui – Operasi mencari, menyelamat disambung Isnin. - pakdin.my

bot-karam-daro-sar-1

DARO – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) tujuh penduduk kampung yang masih hilang dalam tragedi bot panjang karam di Daro semalam dihentikan 6 petang ini berikutan keadaan hujan dan ombak besar di Batang Lassa.

Ketua Polis Daerah Matu/Daro, Deputi Supritendan Wagner Lisa Libut berkata operasi akan disambung semula 7 pagi Isnin.

Pasukan mencari dan menyelamat hari ini menemui mayat Norsiah Abdullah, 45, di kawasan Kampung Kut, tempat bot itu terbalik.

Mayat tiga wanita ditemui semalam. Jenazah tiga wanita itu dikebumikan di kampung mereka di Kampung Tekajong tengah hari Ahad.

Kemalangan kira-kira pukul 1 tengah hari itu berlaku apabila bot panjang yang membawa 27 orang dari Kampung Tekajong pulang daripada menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Saai terbalik akibat dipukul ombak besar.

Lapan penumpang dilaporkan hilang dan mayat Norsiah ditemui Ahad, menjadikan tujuh lagi masih hilang.

UTAMABot Karam Batang Lassa: 1 mayat ditemui - Operasi mencari, menyelamat...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium