BR1M BUKAN BANTUAN, PROGRAM BANTUAN KEPADA YANG MEMERLUKAN DISEDIAKAN OLEH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT. - pakdin.my

Walaupun namanya BR1M sebenarnya mensasarkan golongan berpendapatan bawah 40% dan bukan bantuan kebajikan semata-mata untuk golongan miskin tegar atau “orang miskin”, walaupun mereka juga dapat BR1M.

Oleh itu untuk mengatakan bahawa 40% rakyat Malaysia yang layak mendapatkan BR1M itu miskin adalah salah

Dalam mana-mana negara, akan menggolongkan rakyat dengan kumpulan pendapatan yang berbeza. Di Malaysia, kita mengklasifikasikan mereka sebagai B40 (Bawah 40%), M40 (Pertengahan 40%) dan T20 (Atas 20%).

Tidak kira macamana kekayaannya, akan tergolong menjadi Bawah 40% (B40) kerana ini adalah hanya matematik!

Kebanyakan daripada cukai – sama ada melalui GST, cukai pendapatan atau cukai korporat atau cukai eksais tinggi ke atas kereta mewah – dipungut daripada golongan M40 atau T20 (yang biasanya tinggal di pusat-pusat bandar) kerana pendapatan dan kepenggunaan mereka adalah lebih tinggi, dan dengan itu dikenakan cukai yang lebih.

Kerajaan mengutip wang dari orang kaya dan pada dasarnya hanya “tranfers” sebahagian daripada kutipan kepada orang miskin setiap tahun.

Dengan berbuat begini, kita secara langsung telah mengurangkan jurang kesamaan pendapatan di Malaysia – terutamanya di kawasan luar bandar. Dan cara yang baik untuk mengurangkan ketidaksamaan pendapatan dan dalam masa yang sama mengurangkan jurang bandar dan luar bandar.

Inilah sebabnya mengapa indeks GINI ketidaksamaan pendapatan telah menjadi bertambah baik secara mendadak sejak 2009 – satu peningkatan dalam masa yang singkat tidak pernah berlaku sebelum dalam sejarah Malaysia.

20170116-indeks-gini-malaysia-ikut-etnik20170116-indeks-gini-malaysia

Pembayaran pertama untuk BR1M bermula pada 2012, dan had kelayakan ditetapkan pada pendapatan isi rumah RM3,000. Tahun kemudiannya, ia telah diperluaskan kepada individu bujang dan juga kepada yang berpendapatan isi rumah RM4,000 sebulan.

Selain itu, tahun lepas kerajaan sekali lagi mengubah sistem cukai bagi mereka yang berpendapatan RM5,000 sebulan dan ke bawah tidak lagi dikenakan cukai. Ini merupakan satu lagi bentuk “bantuan” kepada golongan berpendapatan rendah.

Dari satu segi, kita boleh mengatakan bahawa had itu dinaikkan 33% daripada RM3,000 kepada RM4,000 kerana pendapatan yang semakin meningkat oleh isi rumah Malaysia.

Pada masa akan datang oleh kerana pendapatan negara kita akan terus meningkat, had “maksimum” pendapatan juga akan meningkat.

Selain BR1M, Jabatan Kebajikan Masyrarakat dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat sebenarnya mempunyai banyak bantuan untuk golongan miskin dan mereka yang memerlukan – sama ada ia adalah untuk golongan berpendapatan rendah, ibu tunggal, OKU, muda atau orang tua.

Lihat banyak program mereka di sini: http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php

Seperti yang pernah dikatakan oleh Lim Guan Eng bahawa BR1M disalahguna kerana Datuk menerima BR1M, Lim Guan Eng perlu memahami bahawa Anugerah itu tidak diberikan kepada orang-orang kaya sahaja tetapi boleh diberikan untuk tempoh panjang perkhidmatan cemerlang atau jasa luar biasa yang layak mendapat pengiktirafan – sama ada dalam NGO atau perkhidmatan awam.

20170116-br1m-bukan-bantuan-kebajikan-lge-bengong
http://themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/br1m-untuk-golongan-memerlukan-bukan-rasuah-kata-guan-eng

Melainkan sekiranya LGE hanya memberi anugerah penghormatan di Pulau Pinang kepada rakan-rakan ahli perniagaan kaya beliau sahaja .

Jadi, Lim Guan Eng dan Azmin cuba untuk menyamakan BR1M untuk membantu bagi GOLONGAN YANG MEMERLUKAN adalah salah!
______________
https://pakdin.my/hell-o-mahathir-br1m-bukan-bantuan-kebajikan-tetapi-pengagihan-semula-pendapatan/

[contentcards url=”https://pakdin.my/hell-o-mahathir-br1m-bukan-bantuan-kebajikan-tetapi-pengagihan-semula-pendapatan/” target=”_blank”]

https://pakdin.my/br1m-bukan-haram-atau-rasuah/

[contentcards url=”https://pakdin.my/br1m-bukan-haram-atau-rasuah/”]

UTAMAEKONOMIBR1M BUKAN BANTUAN, PROGRAM BANTUAN KEPADA YANG MEMERLUKAN DISEDIAKAN OLEH JABATAN KEBAJIKAN...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium