BR1M: Memahami Mengapa Jumlah Penerima Meningkat – Biar Wan Azizah Sorang Yang Tak Faham - pakdin.my

JUMLAH penerima BR1M meningkat kepada 7 juta orang sejak ia pertama kali diperkenalkan pada 2012 membuktikan kegagalan program itu untuk meningkatkan kualiti kehidupan golongan miskin, kata pemimpin pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dakwaan dan kesimpulan simplistik tahap macai maya macam ini dari pemimpin teratas Pakatan ialah antara punca mengapa pengikut Pakatan tidak bertambah bijak.

1. Bila BR1M diperkenalkan pada tahun 2012, ia hanya dihadkan kepada keluarga yang berdependapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah.

2. Pada tahun 2013 pula, BR1M ditambah-baik. Selain keluarga yang tetap menerima BR1M, buat kali pertama, individu yang belum berkhawin yang berumur 21 tahun dan keatas juga layak. Akibat ini, jumlah penerima BR1M bertambah.

3. Pada tahun 2014, kelayakkan irirumah untuk menerima BR1M juga dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM4,000 sebulan. Kenaikkan ini juga menambahkan jumlah penerima BR1M bertambah lagi.

4. Kerajaan dengan sengaja mahu tolong lebih ramai orang berbanding dengan golongan asal pada BR1M tahun 2012. Macam ini pun salah?

5. Oleh itu, pembangkang sebenarnya tidak suka kerajaan untuk menambahkan bilangan untuk ditolong. Mereka marah kerajaan pula dengan menggunakan tuduhan yang tidak masuk akal.

6. Salah ke, kerajaan mahu menolong lebih banyak orang ataupun kembali kepada era Tun Mahathir yang hanya mahu menolong kroni-kroni dan anak-anak dia sendiri sahaja.

UTAMAPOLITIKBR1M: Memahami Mengapa Jumlah Penerima Meningkat - Biar Wan Azizah Sorang Yang...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium