China Cyber Attack

Buka lebih ruang untuk sukarelawan siber dalam UMNO

China Cyber Attack

UMNO bukanlah sebuah parti yang “exclusive” justeru golongan muda perlu diberi peranan secara “inclusive” dalam pelbagai jawatan penting.

Kasihan, setengah memegang jawatan penting seperti Ketua Pemuda atau Ketua Puteri, atau ahli jawatankuasa kemudian mereka bukan saja terpinggir, ada yang dipeti sejuk oleh bos diperingkat bahagian masing-masing.

Lebih malang lagi ramai golongan muda ini adalah golongan profesisonal yang bijak IT yang diperlukan UMNO untuk menggerakkan pahlawan siber menentang fitnah yang disebarkan oleh pembangkang.

Dalam konteks ini Menteri Besar Perak Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir jelas menyokong sebarang usaha penampilan golongan muda menjadi surelawan siber membantu UMNO disemua peringkat.

Beliau berpesan agar UMNO tidak menutup pintu kepada kumpulan ini.

Beliau  mengatakan demikian pada media selepas merasmikan mesyuarat Agong UMNO bahagian Parit Buntar pagi Ahad, seterusnya merayu agar sukarelawan muda  ini tampil membantu parti terutama menjelang PRU ke14.

“Peranan golongan  muda  penting dengan lahirnya golongan yang dipanggil sukarelawan atau sukarela politik dimana mereka yakin dengan idealisme UMNO.

“Apabila kita memberi mereka harapan dan ruang untuk bergerak, pastinya mereka ini akan bergerak secara sukarela walau dimana mereka berada.”

Katanya keupayaan mereka menggunakan laman media sosial juga menjadi satu pengaruh yang kuat dalam persada politik bukan sahaja dalam negara, malahan dapat dilihat di seluruh negara.

“Penggunaan politik maya itu sendiri banyak memberi kesan yang besar sehingga melahirkan beberapa perubahan dunia berasaskan FB.

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri meminta UMNO di semua peringkat membuka ruang dan peluang kepada golongan ini bagi melahirkan golongan sukarelawan politik yang berupaya membantu parti menghadapi peperangan politik di media sosial.

Katanya, peluang perlu dibuka kepada mereka  untuk mereka aktif berpolitik dan dibimbing menghayati perjuangan UMNO secara mendalam.

Dr.Zambry menambah  golongan sukarelawan siber dari kalangan golongan muda perlu kerana penglibatan mereka boleh menentukan survival parti itu di masa hadapan.

Beliau memberi beberapa contoh seperti  peranan sukarelawan siber yang telah menyumbang kepada kemenangan Jokowi sebagai presiden di Indonesia.

Hal sama berlaku di India dalam pilihan raya umum negara itu.

Sementara itu, menurut Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi UMNO dan BN perlu mengubah pendekatan berkempen daripada bersemuka dengan rakyat kepada komunikasi tanpa lisan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang.

Katanya perubahan itu sesuai dengan keadaan semasa memandangkan terdapat kira-kira 6.2 juta pengundi baharu yang terdiri daripada golongan muda.

Jelas beliau, generasi pengundi muda lebih gemar berinteraksi di media sosial berbanding menonton televisyen, mendengar radio atau membaca akhbar.

“Oleh itu, pendekatan parti komponen BN mesti menggunakan pendekatan kempen secara tanpa lisan kerana kumpulan sasaran ini adalah berbeza berbanding semasa era politik sebelum 2008,’ katanya.

Ahmad Zahid berkata melihat kepada senario masa kini, majoriti ahli politik masih mengamalkan kaedah komunikasi secara bersemuka berbanding penggunaan media sosial untuk berbicara dengan generasi muda.

“Oleh kerana pendekatan lama, saya lihat calon BN menerima tamparan hebat dari segi majoriti undi yang diperoleh pada PRU 2008 dan 2013.

“Saya juga tidak terkecuali apabila mendapat majoriti cukup rendah… rakyat kini memperoleh maklumat melalui dunia siber,” katanya

Leave a Reply