BUKAN JAWATAN PM. JAWATAN MENTERI PUN AKAN BUAT PAKATAN HARAPAN BERGADUH - pakdin.my

Politik pembangkang di Malaysia amat berbeza dengan politik di negara lain.

Pembangkang di Malaysia akan bermain sekecil kecil isu yang tiada manfaat kepada rakyat, bahkan lebih teruk lagi hanya bermain persepsi sahaja untuk merogol minda rakyat.

Di negara seperti Thailand dan Korea , Jeun atau pun Turki, jika naik satu parti lain dan jatuh satu parti lain, ia tidak begitu terasa sangat perubahan dasar oleh kebanyakan rakyat mereka.

Hanya dasar tertentu sahaja yang akan terganggu dan dari segi sosio ekonomi pun lebih kurang sahaja.

Ini kerana mereka datang dari satu bangsa yang sama.

Lain pula cerita di Malaysia, satu parti akan mewakili satu kaum tertentu, dan parti yang cuba elak kan diri dari berpendirian kepada satu kaum , akan terpaksa gadai prinsip agama nya hanya untuk kompromi mendapat undi dari kaum lain.

Kita boleh lihat misal nya, demi untuk mendapat belas kasihan kaum lain maka orang melayu dalam PKR pula jadi wakil untuk proposal ladang babi mega. Ini lah kompromi yang dimaksudkan.

Dan demi hendak menjadi popular kepada bangsa lain yang memberi undi, wakil melayu terpaksa kacau agensi atau jabatan yang berpaksi melayu Islam, misal nya LTAT, LUTH atau pun FELDA untuk menjadi popular.

Mereka tidak akan kacau atau gangu syarikat YTL atau Berjaya Group misal nya yang mendapat pelbagai bagai faedah dan keuntungan dari cara meragukan ketika penaung mereka menjadi Perdana Menteri.

Tanah tanah, projek dan konsensi yang boleh di politik kan secara besar besaran bagaimana  ia diperolehi, cara di lobi atau cara di dapati. Walaupun ia perniagaan, tetapi ia juga boleh dimanipulasi sebagai konon ada keraguan kepada cara mereka mendapat perniagaan dan naungan dari kerajaan seperti yang dikena kan kepada 1MDB.

Maka perniagaan biasa dipandang serong sebagai ada jenayah. Hutang menjadi jenayah, jual salah beli pun salah hanya sebab ia dipolitik kan.

Berbalik kepada topik di atas, umum semua tahu , sehingga hari ini Tun Mahathir masih enggan menyebut nama Mukhriz sebagai Perdana Menteri idaman nya.

Maka atas sebab ini, kita buat andaian , Mukhriz lah sebenar nya calon Tun Mahathir.

Apa yang Tun Mahathir tidak sebut , itu lah dia calon nya. TS Muhyiddin Yassin, Anwar , Wan Azizah , Azmin itu semua acahan sahaja.

Demi melindungi dari di serang Tun Mahathir tidak pernah sebut nama Mukhirz.

Masalah pembangkang khusus nya Pakatan Harapan +1 adalah penamaan calon Perdana Menteri.

Jika ada nama nama yang di sebut pada hari ini , ai hanya lah decoy sahaja.

Kerana pergabungan PH+1 adalah gabungan belitan ular, mereka pura pura setuju buat masa ini pada nama yang dinaikan kerana untuk hidangan rakyat konon mereka sudah bersatu.

Masing masing sebenar nya menyimpan tikaman akhir pada PRu14.

Mereka menuggungu kerusi siapa paling banyak di PRU14 itu, baru lah mereka “go for the kill” membuat ugutan dan paksaan untuk kehendak mereka.

Dalam Barisan Nasional, ia sudah seperti ada “understanding” satu sama lain. Ia seolah olah satu kedudukan tradisi dimana mereka akur antara satu sama lain dalam pembahagian kerusi dan jawatan Menteri.

Tidak seperti PH+1, untuk meminta kawasan sedia ada bagi parti masing masing bertanding pun sudah ada pergelutan dan sengketa.

Jika ada kompromi pun hanya kawasan sukar menang dan kawasan tidak boleh menang sahaja yang akan di kompromi untuk diberikan kepada anak baru lahir dalam komponan mereka ia itu Parti Pribumi.

Maka nya, baru pembahagian kerusi pun sudah kalam kabut dan menaik kan kemarahan, apa tah lagi merebut jawatan dalam kabinet.

Andai nya, (InSya Allah tidak jadi) PH+1 menang PRU14, pasti sekali DAP akan menang besar walaupun kerusi nya sikit,

DAP akan menggunakan kuasa ugut keluar Pakatan untuk mendapatkan apa yang mereka mahu kan.

Atas sebab takut tidak dapat merasai jawatan Menteri, maka parti komponen yang lain akan akur kepada kehendak DAP.

Pasti sekali DAP akan tuntut kerusi yang mereka idamkan untuk ubah Malaysia dan struktur negara.

Jawatan Menteri Kewangan, Menteri pelajaran serta Menteri Dalam Negeri pasti sekali mahu di miliki oleh DAP.

Mereka mahu merubahkan struktur kewangan negara yang banyak melindungi bumiputera dan orang Melayu, sambil sistem sekolah akan dibubar untuk ikut acuan DAP.

Sambil itu,  mereka ada banyak yang hendak di luluskan dalam kementerian dalam negeri. Maka tentu mereka tidak akan lepaskan kementerin ini kepada pihak yang lain.

Sambil itu komponen yang lain, seperti PKR pula mahu kan jawatan yang sama begitu juga PAN.

Bagi parti bunga Pribumi, jawatan Menteri Kewangan lah yang akan diminta nya kerana ada perkara sulit dan tersekat berkaitan Tun Mahathir dan Tun Daim yang mahu dilaksana kan.

Bahkan ini lah punca utama Tun Mahathir mahu menjatuhkan DS Najib dibawah pembohongan isu ciptaan Tun Mahathir ia itu 1MDB.

Maka, apa yang jelas, PH+1 bukan sahaja berperang merebut jawatan Perdana Menteri, bahkan pergaduhan mereka meleret sehingga jawatan kabinet.

Ugut menggugut bakal berlaku, tetapi pada perkiraan kami , akhir nya DAP juga akan menang waima kerusi mereka konon nya tidak banyak, kerana mereka ada kuasa ugutan keluar dari PH+1 lalu semua komponen kempunan jadi kerajaan Pusat , maka akur lah mereka kepada kehendak DAP.

Bubar kan RELA sebab kehendak DAP pun komponen akan sanggup, kurang kan kakitangan awam pun akan sanggup juga kerana ketagih jadi Menteri walaupun hanya menteri jaga wanita.

20161223-muhyiddin-shafie-jawatan-bunga

UTAMAPOLITIKBUKAN JAWATAN PM. JAWATAN MENTERI PUN AKAN BUAT PAKATAN HARAPAN BERGADUH

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium