Bukit Bintang Lokasi Pilihan Aktiviti Maksiat Di Serbu (video) - pakdin.my

Bukit Bintang Lokasi Pilihan Aktiviti Maksiat

Bukit Bintang terus menjadi lokasi pilihan bagi wanita warga asing menjalankan aktiviti maksiat.

Yang terbaharu, wanita dari negara timur tengah antara yang diberkas menawarkan khidmat seks di sebuah pusat hiburan di kawasan terbabit.

Hasil aduan awam dan risikan, polis dari Unit Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap Bukit Aman menyerbu premis terbabit.

Serbuan dilakukan kira-kira pukul 1 pagi.

Ketika serbuan, rata-rata wanita warga asing terbabit sedang leka melayan pelanggan.

Ada juga yang sedang asyik menari.

Menyedari premis diserbu, mereka kemudiannya cuba melarikan diri namun dapat ditahan.

Timbul kekecohan apabila ada yang enggan memberi kerjasama.

Bagaimanapun hasilnya, 30 wanita yang berasal dari timur tengah yang dipercayai menjalankan kegiatan persundalan berjaya ditahan.

Pemeriksaan mendapati segelintir mereka pernah ditahan dalam operasi sebelum ini.

Siasatan juga mendapati, wanita terbabit mengenakan bayaran RM500 bagi khidmat seks.

Kesemua mereka yang berusia antara 20 hingga 30an di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

 

 

UTAMABERITABukit Bintang Lokasi Pilihan Aktiviti Maksiat Di Serbu (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium