C4, Bersih 2.0 bidas Rafizi beri wang tarik belia jadi pengundi

Ahli Parlimen tidak boleh menawa20160927-pkr-dedak-daftar-pengundirkan insentif tunai bagi menarik anak muda mendaftar sebagai pengundi, kata pemantau pilihan raya.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata demikian susulan tindakan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berjanji akan mengeluarkan simpanannya sebanyak RM300,000 untuk membantu kempen diketuai badan bukan kerajaan berkaitan PKR, Invoke.

“Saya rasa ia amat menyedihkan untuk sebuah NGO pergi sehingga tahap itu bagi memastikan anak muda mendaftar sebagai pengundi.

“Secara peribadi, saya kurang bersetuju dengan tindakan itu kerana rakyat sepatutnya mendaftar secara sukarela. Ini adalah hak anda dan pilihan raya umum hanya berlaku sekali dalam tempoh 5 tahun,” katanya hari ini.

Beliau menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap masalah itu, kerana ia adalah tanggungjawab suruhanjaya itu untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi.

“Kita perlu mempersoalkan SPR kerana ia adalah tugas mereka. Ia bukan tanggungjawab NGO untuk memberi wang bagi menarik pendaftaran.”

26 Replies to “C4, Bersih 2.0 bidas Rafizi beri wang tarik belia jadi pengundi

Leave a Reply