Carol Tay Beri Keterangan Hina Yang Di-Pertuan Agong - pakdin.my

Carol Tay Hina Agong

Wanita yang juga individu terakhir dikehendaki polis berhubung kes menghina Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menyerah diri di ibu negara, siang tadi.

Carol Tay tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Dang Wangi kira-kira jam 1.15 tengah hari untuk memberi keterangan diiringi peguamnya, Melissa Sasidaran.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan kehadiran Carol.

Rabu lalu, polis memaklumkan wanita terbabit akan memberi keterangan selepas pulang dari luar negara.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1), Akta Hasutan 1948.

1 Jun lalu akaun Facebook yang menggunakan nama Melissa Gooi didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Yang Di-Pertuan Agong sempena Hari Keputeraan baginda.

Kenyataan itu turut menerima komen daripada rakan Facebooknya yang lain.

Susulan itu, beberapa laporan polis dibuat pelbagai pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan, NGO, yang menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap individu terbabit.

UTAMABERITACarol Tay Beri Keterangan Hina Yang Di-Pertuan Agong

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium