Category: Dunia

4

Anies Baswedan Menang Pilihan Raya Gabenor Jakarta Tewaskan Ahok

JAKARTA: Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Gabenor Jakarta menunjukkan kemenangan berpihak kepada gandingan Anies Baswedan dan Sandiaga Uno. Media portal tempatan melaporkan penyandang jawatan, Basuki Tjahaja Purnama dan timbalannya Djarot Saiful Hidayat gagal mempertahankan jawatan masing-masing setelah kalah dalam pemilihan pusingan kedua, Rabu. Anies ialah bekas Menteri Pendidikan dan Kebudayaan...

0

[VIDEO] POLIS TAHAN LELAKI CUBA BAKAR KAABAH

RIYADH: Polis Arab Saudi berjaya menumpaskan tindakan seorang suspek yang cuba membakar Kaabah di Kota Mekah, lapor akhbar dalam talian Sabq pada Selasa menurut agensi berita China Xinhua. Saksi kejadian memberitahu akhbar itu, beliau melihat seorang lelaki menyiram gasolin ke atas kain yang menutup Kaabah dan segera memaklumkannya kepada polis...

0

[VIDEO] 2 MILITAN LETUP DIRI DI JEDDAH, ARAB SAUDI

Dua suspek disyaki militan meletupkan diri-sendiri ketika bertempur dengan pasukan keselamatan Arab Saudi di Jeddah awal hari ini, lapor media Arab Saudi. Pegawai keselamatan mengepung sebuah rumah di Jeddah dan berlaku tembak-menembak apabila dua lelaki meletupkan diri, lapor Sabq iaitu laman sesawang yang dikaitkan dengan Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi....

0

NETIZEN CHINA MELAHIRKAN RASA TERKEJUT DENGAN KOMEN ANTI-CHINA OLEH MAHATHIR

(Global Times) – Netizen China bertindak balas kepada pembangkang Malaysia kerana menyemarakkan api sentimen anti-Cina dengan kemarahan dan kejutan, berikutan kutukan keras Kedutaan China keatas retorik bekas pemimpin. Bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad telah bersengketa dengan salah seorang daripada sultan di negara ini dalam pertikaian ke atas projek...

7

TRUMP PECAT PEGUAM NEGARA,LORETTA LYNCH

Presiden Amerika, Donald Trump telah memecat Peguam Negara Loretta Lynch dari jawatan beliau dan mencalonkan Senator Jeff Sesyen menggantikan beliau. Loretta Lynch, yang terkenal kerana menaiki pesawat bersama Bill Clinton untuk “pertemuan peribadi” semasa siasatan FBI terhadap Hillary Clinton, berkemungkinan meninggalkan pejabat pada April 2017 selepas perlantikan Jeff Sesyen disahkan...

18

TRUMP PECAT 80 DUTA AMERIKA DI SELURUH DUNIA

WASHINGTON: Sejurus mengangkat sumpah sebagai Presiden Ke-45 Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memecat semua dutanya di luar negara dan tiada senarai pengganti disediakan. Trump mengarahkan semua dutanya di seluruh dunia, yang dilantik bekas Presiden Barack Obama, meninggalkan pejabat menjelang tengah hari tanpa memberikan tempoh penangguhan. Pasukan peralihan Trump dilaporkan berkata...

0

SPESIES SERANGGA BAHARU DINAMAKAN SEBAGAI DONALD TRUMP

NEW YORK: Hanya beberapa hari sebelum menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) secara rasmi, Donald Trump menerima penghormatan daripada seorang saintis apabila nama beliau digunakan untuk satu spesies baharu. Neopalpa donaldtrumpi merupakan nama siantifik yang diberikan kepada spesies serangga yang baru ditemui selepas rupa mahkluk itu kelihatan seperti ahli politik tersebut....

0

MAKLUMAT INTERPOL BOM DALAM PENERBANGAN KE KL: TIGA PENERBANGAN TERJEJAS, LAPANGAN TERBANG MUMBAI BERJAGA-JAGA

MUMBAI: Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Mumbai diletakkan dalam keadaan berhaga-jaga selepas menerima maklumat Interpol mengenai bom dalam penerbangan ke Kuala Lumpur malam Isnin, lapor Times of India. Agensi-agensi keselamatan melakukan carian ke atas tiga pesawat – dua penerbangan Malaysia Airlines dan sebuah pesawat Malindo Air untuk mencari objek-objek yang mencurigakan. Lebih...

28

HUKUMAN MATI MENANTI PENJAWAT AWAM TERLIBAT RASUAH

BANGKOK: Kerajaan Thailand bakal melaksanakan hukuman mati ke atas penjawat awam yang didapati terlibat dalam kegiatan rasuah sekiranya usul berkaitan undang-undang baharu itu diluluskan. Berdasarkan usul berkenaan yang telah dibentangkan dalam mesyuarat Persidangan Memacu Pembaharuan Negara (NRSA), penjawat awam yang didapati bersalah dengan kes rasuah melebihi 1 bilion baht (RM125...

0

HAMPIR SEJUTA PENDUDUK SELATAN THAI TERJEJAS AKIBAT BANJIR

BANGKOK: Hampir sejuta penduduk terjejas akibat banjir yang melanda 10 wilayah di selatan Thailand dengan 11 kematian dicatatkan setakat Isnin, lapor Jabatan Pencegahan dan Pengurusan Bencana negara itu. Lapan daripada wilayah terbabit iaitu Phetchaburi, Prachuap Khiri Khan, Chumphon, Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Ranong dan Phang Nga, dijangka mengalami...

0

WAKIL RAKYAT INDONESIA MATI TERGANTUNG

JAKARTA: Seorang ahli Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Kota Batu di Malang Jawa Timur dijumpai mati tergantung dengan seutas tali di dalam bilik di rumahnya semalam. Menurut laporan portal berita dalam talian hari ini, mayat Sandy Pratama Putra, 28, wakil rakyat daripada parti Nasional Demokratik (Nasdem) itu ditemui keluarganya di...

0

INSIDEN TEMBAKAN DI LAPANGAN TERBANG FLORIDA: LIMA MAUT, LAPAN CEDERA

FORT LAUDERDALE (Florida): Seorang lelaki bersenjata dipercayai veteran perang Iraq melepaskan tembakan di tempat menuntut bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Fort Lauderdale, Florida pada Jumaat. Lima terbunuh dalam kejadian itu dan lapan lagi yang cedera diberikan rawatan rapi, menurut pegawai-pegawai dan saksi. Tembakan yang dilepaskan menyebabkan pelancong-pelancong yang panik lari...

3

INDONESIA TUBUH AGENSI KHAS BASMI BERITA PALSU

JAKARTA: Indonesia akan menubuhkan sebuah agensi khas bagi mengekang penyebaran berita palsu di media sosial, termasuk yang membabitkan negara luar seperti China. Jurucakap presiden, Johan Budi, berkata agensi khas itu juga diberi mandat melindungi institusi kerajaan daripada diserang oleh penggodam. Ketua Menteri Keselamatan, Wiranto, berkata tindakan itu perlu bagi mengekang...

0

PEKERJA ASING MERUSUH DI ARAB SAUDI DIHUKUM PENJARA, SEBAT

RIYADH: Berpuluh-puluh pekerja asing dihukum sebat dan penjara kerana merusuh susulan gaji mereka tidak dibayar oleh Kumpulan Binladin Arab Saudi, beberapa bulan lalu. Akhbar Al-Watan dan Arab News tidak menyatakan kewarganegaraan 49 pekerja itu dan kakitangan kedutaan yang dihubungi pula gagal memberikan perincian lanjut. Sejak awal tahun lalu, Al-Watan mengikuti...

2

NAMA SAYA ‘SELAMET HARI NATAL’ DAN SAYA ISLAM

JAKARTA: Seorang lelaki berusia 54 tahun yang tinggal di Malang, Jawa Timur, diberi nama Slamet Hari Natal oleh ibu bapanya kerana dilahirkan pada 25 Disember 1962. “Ya, itu nama saya,” katanya, memetik tribunnews.com, Selasa. Dia menunjukkan kad identiti pengenalan diri dan keluarga, yang mengesahkan nama penuhnya adalah Slamet Hari Natal....

3

AKTIVIS ISRAEL GESA HENTI BEKALAN KETENTERAAN KE MYANMAR

Beberapa aktivis dan peguam hak kemanusiaan di Israel menggesa kerajaannya menggantung penghantaran bekalan kepada tentera Myanmar disebabkan pelanggaran hak asasi ke atas etnik minoriti di negara itu, lapor portal berita The Irrawaddy. “Amat memeranjatkan, negara Israel yang bertungkus lumus memastikan sekatan diteruskan terhadap Iran, tidak memperdulikan sekatan Amerika Syarikat dan...

212

13,700 PEKERJA DI SINGAPURA DIBERHENTIKAN, PALING TINGGI SEJAK 2009

PakaTun kata ekonomi Singapura lebuh baik dari Malaysia dan Malaysia Negara muflis. Sejumlah 13,730 pekerja di Singapura diberhentikan dalam 9 bulan pertama tahun ini menjadikan jumlah pemberhentian pekerja yang tertinggi dalam tempoh 7 tahun, lapor Channel NewsAsia. Angka itu, dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MoM) hari ini dalam laporan pasaran...

0

[VIDEO] AUSTRALIA LARANG LELAKI ISLAM AMAL POLIGAMI

SYDNEY – Kerajaan Australia akan mengambil tindakan keras ke atas orang Islam yang mengamalkan poligami dan menuntut pelbagai manfaat kebajikan untuk isteri kedua atau ketiga mereka. Bercakap kepada radio Sydney, Bendahari Scott Morrison berkata, amalan poligami oleh lelaki dan wanita Islam untuk menuntut pelbagai faedah kebajikan sosial adalah “100 peratus...

80

RAKYAT MISKIN THAILAND TERIMA BANTUAN ALA BR1M

Hampir tujuh juta rakyat Thailand yang dikategorikan sebagai miskin tegar hari ini mula menerima pemberian wang tunai daripada kerajaan bernilai antara 1,500 hingga 3,000 baht (RM186-RM434). Agensi berita Xinhua melaporkan, pemberian wang tunai yang terus dikreditkan ke bank penerima itu menyaksikan mereka yang berpendapatan kurang 30,000 baht (RM3,722) setahun layak...

0

GEMPA BUMI ACEH: HAMPIR 100 DISAHKAN MAUT

ANGKA terkini menunjukkan hampir 100 orang terbunuh termasuk kanak-kanak dan berpuluh-puluh mangsa lagi terperangkap apabila gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter menggegarkan Banda Aceh pada awal pagi Rabu. Jumlah kematian meningkat kepada 97 orang pada petang Rabu selepas lebih banyak mayat ditemui, demikian menurut komander tentera Aceh, Mejar Jeneral Tatang...