Cawangan Tidak Terbubar, UMNO Dapat Kelulusan ROS Tangguh Pemilihan Parti – Tengku Adnan - pakdin.my

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas tindakan segelintir pihak yang mendakwa bahawa cawangan UMNO di seluruh negara bakal luput dalam masa terdekat lantaran penangguhan pemilihan parti.

“Dakwaan tersebut adalah tidak benar dan sengaja ditularkan bagi mengelirukan orang ramai khususnya ahli-ahli UMNO dan para penyokongnya selain usaha pihak tertentu untuk memburukkan parti”, katanya.

Beliau memaklumkan bahawa Penangguhan Pemilihan UMNO yang telah diputuskan sebelum ini akan dijalankan selewat-lewatnya pada 19 April 2019.

“Hal tersebut telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO dan mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kelulusan penangguhan pemilihan tersebut merujuk kepada Seksyen 13A (4) Akta Pertubuhan 1966, Pendaftar Pertubuhan berkuasa untuk melanjutkan tarikh/waktu pemilihan Pertubuhan berdaftar dengan syarat suatu permohonan bertulis dibuat.

“Alasan utama penangguhan tersebut adalah bagi memastikan kesempurnaan perjalanan parti selaras Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO dengan proses pemilihan dalam UMNO berjalan lancar dan juga mengambil kira faktor keadaan semasa politik parti khususnya dan negara amnya.

“UMNO adalah sebuah pertubuhan politik yang sah dan tetap berpegang kepada perundangan yang ditetapkan oleh ROS.”

Selaras dengan itu, beliau menegaskan bahawa UMNO masih berkuatkuasa di semua peringkat dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagaimana terkandung dalam asas dan tujuan penubuhannya.

“Dalam masa yang sama, saya menasihati orang ramai khususnya ahli UMNO agar tidak mudah terpedaya dengan penularan berita berkaitan parti sebaliknya membuat semakan dengan Ibu Pejabat UMNO terlebih dahulu agar tidak tertipu,” katanya lagi.


Berita sebelum:
https://pakdin.my/penangguhan-pemilihan-umno-adalah-perkara-biasa-semenjak-era-mahathir-lagi/

 

UTAMAPOLITIKCawangan Tidak Terbubar, UMNO Dapat Kelulusan ROS Tangguh Pemilihan Parti – Tengku...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium