CEO PETRONAS TERUS JADI SEBUTAN UMUM - pakdin.my

Shamsul Azhar

Rakyat Malaysia tertanya-tanya apakah sebenarnya hubungan sebenar di antara Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas dengan kem pembangkang.

Apakah beliau penyokong atau bersimpati dengan kem itu sehingga kenyataannya berkaitan hak milik Petronas baru-baru ini mendapat pujian melangit daripada DAP.

Tiba-tiba saja parti chauvinis itu terkinja-kinja mempertahankan kenyataan Shamsul bahawa konglomerat minyak dan gas itu bukan hak milik bangsa Melayu.

Pakar Strategi Media Sosial DAP, Yeo Bee Yin mendakwa, Shamsul adalah individu cemerlang kerana membuat kenyataan seperti itu dan dianggap penjaga hasil bumi negara yang baik.

“Kami menyeru semua pihak tidak menjadikan wawancara tersebut (kenyataan Shamsul) sebagai satu isu perkauman tetapi sebagai isu kebajikan dan pertumbuhan negara,” dakwanya melalui satu kenyataan media.

Bee Yin mendakwa, Shamsul diserang oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) dan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) kerana beliau mengubah sistem syarikat itu kepada bidaan terbuka.

Pemimpin DAP itu memuji sistem bidaan terbuka kerana didakwa mengurangkan kos secara substantif dan menambah keuntungan syarikat dan Petronas akan memiliki margin lebih besar untuk memperbaiki skim gaji pekerja yang 75 peratus adalah bumiputera.

Dengan biadap beliau mempersoal mengapa Petronas perlu menghargai kontraktor bumiputera berdasarkan pertalian politik sedangkan kontraktor tersebut tidak layak menerima penghargaan tersebut.

Sebelum ini, Perkasa dan MTEM antara NGO berkaitan Melayu mengecam Shamsul kerana menafikan Petronas sebagai hak milik Melayu dengan berselindung disebalik Akta Pembangunan Petroleum yang sering dijadikan modal kempen puak pembangkang.

Kali ini Shamsul membantu pembangkang dengan mendakwa birokrat kerajaan dan UMNO dikatakan campur tangan dalam urusan agihan kontrak mudah dari Petronas. Walaupun Shamsul mengasingkan Perdana Menteri dari kecamannya tapi secara tidak langsung dia cuba mengatakan Perdana Menteri tidak mampu mengawal orang-orang disekelilingnya dari masuk campur dalam urusan Petronas.

Liberalisasi amalan Shamsul ke atas Petronas sebenarnya telah mengundang padah apabila menyaksikan ramai usahawan Melayu disingkirkan dan beliau dikatakan menggunakan dasar itu bagi membawa peniaga Cina dan pelabur asing sejak ambil alih syarikat itu pada 2010.

Rentetan itu, semua NGO Melayu mengamuk dan mendesak Shamsul meletakkan jawatan atau dipecat. Namun tidak mungkin Shamsul meletakkan jawatan kerana gajinya dikatakan lebih RM100,000 sebulan. Ironinya puak pembangkang tidak mahu menyibuk mempersoalkan gaji Shamsul sedangkan CEO lain yang tidak sealiran akan dihentam secukupnya.

Rakyat Malaysia masih tidak lupa dengan kenyataan Shamsul yang menyakitkan telinga: “Petronas bukan milik Bumiputera. Akta Pembangunan Petroleum (PDA) menyebutkan dengan jelas minyak dan gas adalah milik semua rakyat Malaysia. Jadi ia boleh milik kerajaan, boleh juga kepada pembangkang, dan sesiapa sahaja,” katanya pada akhbar mingguan berbahasa Inggeris, The Edge keluaran 23-29 Jun, 2014.

Shamsul berkata: “Orang bercakap yang saya menyingkirkan kakitangan kerajaan dengan membawa masuk bukan Melayu, membuka Petronas yang menjadi milik orang Melayu kepada orang bukan Melayu. Adakah kami tidak berminat pada kecekapan? Inilah perkara susah yang saya hadapi.

“Petronas perlu membentuk diri menjadi organisasi profesional, tetapi pada masa sama saya ditarik dalam politik, campur tangan pihak berkepentingan, oleh agenda yang ketinggalan zaman. Setakat ini, bos saya (Perdana Menteri) tidak banyak mencampuri urusan Petronas, tetapi orang di sekeliling beliau yang campur tangan. Bolehkah awak bayangkan masalah yang saya alami?”

Sudah tentu Shamsul membuat kenyataan sebegitu selepas memikirkan risiko yang bakal dihadapinya tetapi beliau tidak terfikir kesan yang akan dihadapi oleh bangsanya sendiri. Kebencian masyarakat terhadap Shamsul semakin memuncak dan ramai beranggapan anak Melayu seperti Shamsul akan menyebabkan Malaysia kena jual seperti di Singapura.

UTAMAEKONOMICEO PETRONAS TERUS JADI SEBUTAN UMUM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium