Duta China: Tindakan Najib betul untuk mengatakan #MH370 ‘berakhir’…

Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang
Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang

Duta China ke Malaysia Huang Huikang hari ini berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memilih perkataan yang betul apabila mengumumkan kedudukan terakhir pesawat MH370 dalam taklimat minggu lepas.

Bercakap kepada pemberita petang ini, Huang mempertahankan Najib menggunakan perkataan ‘berakhir’.

Beliau berkata Najib terpaksa menggunakan perkataan itu untuk mengelakkan kesan kepada keluarga penumpang pesawat warga Cina yang berharap orang yang tersayang masih hidup.

“Najib Razak telah memilih perkataan ‘berakhir’ dan bukan ‘terhempas’ atau ‘hilang’. Saya faham benar tujuannya adalah untuk mengelakkan maksud yang membawa kepada impak tidak baik,”

“Ahli keluarga Cina masih berharap mereka yang tersayang hidup dengan itu jika Najib memilih perkataan ‘terhempas’ atau ‘hilang’ ia akan memberikan impak yang besar kepada ahli-ahli keluarga,” kata Huang.

Huang bukan orang pertama mempertahankan kenyataan Najib kerana pada Isnin lepas Pemangku Menteri Pengangkutan Hishamuddin Hussein berkata, melaporkan bahawa pesawat telah terhempas adalah “salah”.

“Tidak ada menyebut ‘terhempas’ atau ‘tidak ada yang terselamat’ sama sekali,” kata Hishammuddin.

Pada 24 Mac Najib mengumumkan bahawa analisis satelit telah membuat kesimpulan bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang telah ‘berakhir’ di selatan Lautan Hindi, untuk menamatkan misteri 17 hari berkaitan nasib pesawat jet yang hilang.

‘Kami seperti saudara’

Huang, yang baru dilantik menjadi duta menegaskan bahawa tumpuan sekarang adalah usaha mencari dan menyelamat dan China menyokong penuh kerajaan Malaysia dalam usaha untuk mengesan pesawat malang tersebut.

“Saya fikir ia adalah lebih baik untuk kita memberi tumpuan kepada usaha mencari daripada berdebat mengenai perkataan. Kita semua mahu bukti kukuh seberapa segera yang mungkin,”

“China menyokong penuh usaha kerajaan Malaysia dan kami akan melakukan yang terbaik dalam menawarkan bantuan untuk mencari pesawat yang hilang,” kata Huang.

Huang kemudian menjelaskan bahawa kerajaan China tidak pernah marah dengan Malaysia dan menafikan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan cara Malaysia mengendalikan siasatan.

“Kami telah menjadi sahabat baik selama bertahun-tahun, kami seperti saudara,”

“Kami tidak pernah berkata bahawa kami marah dengan kerajaan Malaysia juga tidak mengatakan bahawa kita tidak berpuas hati dengan Malaysia. Semua tuduhan itu tidak benar,” katanya.

MH370 hilang dari radar awam sejam selepas berlepas ketika tebang di Laut China Selatan. Pesawat itu telah dikesan oleh radar tentera Malaysia sejam kemudian di barat Semenanjung Malaysia terbang ke arah Laut Andaman tetapi ia dianggap sebagai atas arahan kawalan trafik udara.

Transponder penerbangan untuk menjejaki pesawat telah dimatikan. Penyiasat sekarang percaya bahawa pesawat itu terbang melalui Lautan Hindi, berdasarkan ‘ping’ yang dihantar oleh pesawat yang dikesan oleh satelit Inmarsat.

Pesawat itu disyaki telah diterbangkan kira lima jam sebelum ‘ping’ hilang. Kebanyakan penumpang adalah warga negara China. Fokus carian itu kini berpusat 2,500 km barat daya Perth, Australia.

Leave a Reply