Chong Wei juara Terbuka Malaysia - pakdin.my

tmp_xpix_frontpage_qhm.pagespeed.ic.4X0zRM36ST-582055262

Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei berada dalam kelas tersendiri apabila menambah koleksi pingat peribadi kesepuluhnya selaku juara Kejohanan Terbuka Siri Super Malaysia 2014 hari ini.

Chong Wei mencatat kemenangan bergaya itu dengan menewaskan pemain nombor empat dunia Tommy Sugiarto dari Indonesia dengan straight set 21-19 dan 21-9 dalam masa 47 minit di Stadium Putra Bukit Jalil.

Selaku juara, Chong Wei membawa pulang wang tunai US$37,500 (RM123,637) manakala naib juara Tommy membawa pulang US$19,000 (RM62,443).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Chong Wei merupakan juara Terbuka Malaysia pada 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.

UTAMAChong Wei juara Terbuka Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium