Chong Wei mara ke final All England 2014 - pakdin.my

lee-chong-wei-all-england-2014

Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei terpaksa bekerja keras untuk meneruskan cabaran ke final Kejohanan Badminton All England 2014 di National Indoor Arena, Birmingham, England.

Pada perlawanan separuh akhir semalam, Chong Wei menerima tamparan awal apabila tewas pada set pertama 14-21 kepada pemain bukan pilihan Son Wan Ho dari Korea Selatan sebelum bangkit pada set kedua 21-19.

Chong Wei turun selaku pemain pilihan utama meraih kemenangan 21-15 pada set ketiga dalam perlawanan yang berlangsung selama 1 jam 11 minit.

Menanti Chong Wei pada final hari ini ialah juara bertahan Chen Long dari China selepas menyingkirkan rakan sepasukannya Wang Zheming, 21-17 dan 21-14 dalam satu lagi perlawanan.

Chong Wei merangkul kejuaraan All England pada 2010 dan 2011 kemudian Lin Dan dari China merampas kejuaraan itu pada 2012.

UTAMAGAYA HIDUPChong Wei mara ke final All England 2014

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium