Chong Wei Mara Suku Akhir - pakdin.my

Pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei beraksi menentang pemain Indonesia Simon Santoso pada Sukan Olimpik London di Arena Wembley. Chong Wei mengalahkan Simon 21-12, 21-8

LONDON: Datuk Lee Chong Wei mara ke suku akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik London selepas mempamerkankan prestasi cemerlang ketika menentang Simon Santoso dari Indonesia.

Jaguh Malaysia itu tidak menunjukkan sebarang tanda kecederaan di bahagian buku lali sehingga akhir perlawanan apabila menundukkan Simon 21-12, 21-8 dalam masa 34 minit.

Chong Wei kini akan bertemu Kashyap Parupalli dari India di suku akhir.

Kashyap sebelum itu mengalahkan Niluka Karunaratne dari Sri Lanka 21-14, 15-21, 9-21 untuk menempah tempat ke suku akhir.

UTAMAGAYA HIDUPChong Wei Mara Suku Akhir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium