Chong Wei semakin hampir gelaran Kejohanan Dunia (update) - pakdin.my

Untuk menonton perlawanan tersebut  http://youtu.be/XNH7aPi5Yk0

Datuk Lee Chong Wei melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia.

Kini, hanya satu halangan saja lagi buat Chong Wei untuk menggapai impian bergelar juara dunia buat kali pertama.

Pada separuh akhir sebentar tadi, Chong Wei nampak mudah menjinakkan juara bertahan, Chen Jin dari China dengan keputusan 21-13, 21-9 dalam masa 43 minit.

Pilihan ke-6 itu nyata gagal mengimbangi aksi kemas yang dipamer Chong Wei selaku pilihan pertama.

Chong Wei akan bertemu Lin Dan dari China pada perlawanan akhir nanti. Lin Dan mara ke perlawanan akhir setelah menewaskan Peter Hoeg Gade 22-24 21-7 21-15

Datuk Lee Chong Wei
UTAMABERITAChong Wei semakin hampir gelaran Kejohanan Dunia (update)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium