Dana politik: Tidak salah dari segi undang-undang - pakdin.my

dana-politik-rahman-dahlan

“Dana yang diderma kepada parti politik bukan satu perkara luar biasa dan (bukan) salah di sisi undang-undang, malah ia berlaku kepada mana-mana parti politik di negara ini,” kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Menurutnya, semua kena faham bahawa sebarang aktiviti derma kepada parti politik tidak salah dari segi undang-undang malah, ia juga tidak melanggar perlembagaan UMNO itu sendiri.

“Dari segi perlembagaan UMNO, adalah dibenarkan Presiden mencari dan mengumpul dana bagi menyokong aktiviti parti.

“Kos bagi menguruskan aktiviti politik semakin bertambah, justeru saya tidak terperanjat jika wang sebanyak itu dikumpul oleh sesebuah parti politik,” katanya ketika ditemui pada majlis perhimpunan khas dan Aidilfitri bersama warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di sini malam tadi.

Katanya, fenomena meletakkan wang parti dalam akaun amanah dan akaun peribadi Presiden UMNO itu sudah menjadi perkara biasa, malah ia turut berlaku pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.

Abdul Rahman berkata, beliau juga masih ingat bahawa Tun (Mahathir) pernah melahirkan rasa kecewa kerana susah untuk mendapatkan kembali wang, dana atau harta milik UMNO kerana ia dipegang oleh individu.

“Sebagai ahli dan pemimpin UMNO, saya selesa jika duit itu dipegang oleh Presiden parti daripada dipegang oleh individu atau ahli perniagaan yang menjadi proksi kepada parti,” katanya yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

UTAMAEDITORIAL1MDBDana politik: Tidak salah dari segi undang-undang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium