DAP, PAN Sebar Maklumat Palsu Kelirukan Bukan Islam

PAS mendakwa DAP dan PAN menjadi penghalang utama kepada parti itu memberi penerangan jelas bersabit Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Mahkamah Syariah atau lebih dikenali sebagai Akta 355 kepada bukan Islam.

Menurut ketua pemudanya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, perkara ini terbukti apabila masyarakat bukan Islam kini memberi reaksi positif selepas beberapa sesi penerangan dilakukan PAS.

“Beberapa siri dialog bersama masyarakat ‘non-muslim’ anjuran PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menunjukkan dengan mereka begitu berpuas hati dengan usaha PAS menyeru kepada pemerkasaan Mahkamah Syariah melalui RUU pindaan Akta 355.

“Nyata dan jelas, kekeliruan mereka adalah berpunca daripada maklumat-maklumat bohong dan palsu yang mereka terima lebih awal daripada DAP dan PAN,” katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebooknya.

Malah beliau turut mendakwa DAP adalah musuh Islam, manakala PAN pula adalah fitnah dalam tubuh umat Islam.

Undang-undang itu dibentang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Mei lalu untuk memperkasakan mahkamah syariah dan beliau meminta perbahasan usul persendiriannya itu ditunda ke sesi Parlimen yang akan berlangsung bulan ini.

Katanya, langkah itu bagi memberi ruang kepada ahli parlimen terutamanya bagi yang bukan Islam menelitinya, sekaligus memastikan perbahasan yang matang dan menyeluruh.

Pemerkasaan itu bagi membolehkan bidang kuasa Mahkamah Syariah ditambah khususnya dari segi skop menjatuhkan hukuman.

Mahkamah Syariah kini hanya boleh mengenakan hukum maksimum penjara tiga tahun, sebatan rotan tidak lebih enam kali dan denda maksimum RM5,000.

RUU Persendirian Akta 355 1

123 Replies to “DAP, PAN Sebar Maklumat Palsu Kelirukan Bukan Islam

Leave a Reply