DAP TAKUT DENGAN BAYANG2 SENDIRI – DAKWAAN DAP DEDAH MAKLUMAT SENGAJA DIREKA, KATA GUAN ENG

 

20101205-lim-guan-eng-wikileak

WikiLeaks: Dakwaan DAP dedah maklumat sengaja direka, kata Guan Eng

KEPALA BATAS, 19 Dis — Dakwaan bahawa DAP menyalurkan maklumat kepada kerajaan Singapura mengenai keterlibatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akitiviti liwat seperti yang didedahkan oleh WikiLeaks merupakan tuduhan tidak berasas, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Lim (gambar), yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata dakwaan itu sengaja dibuat bagi memburuk-burukkan parti itu.

Beliau berkata tiada bukti menunjukkan DAP mempunyai hubungan dengan kerajaan Singapura khususnya pasukan risikan republik berkenaan.

“Ketika itu dari mana Wikileaks mendapat segala maklumat? Daripada hubungan

diplomatik?

“Pada masa ini, DAP masih belum mempunyai kuasa, jadi apa jenis hubungan yang kita (DAP) ada dengan pasukan risikan Singapura?,” katanya pada siding akhbar sempena Konvensyen Pakatan Pembangkang kedua di sini hari ini.

Semalam, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Hamidzun Khairuddin mahu DAP membuat penjelasan mengenai maklumat yang diterima Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew berhubung keterlibatan Anwar dalam aktiviti liwat seperti didedahkan WikiLeaks baru-baru ini.

Hamidzun dilaporkan berkata DAP diketahui umum sebagai rakan politik rapat kepada kerajaan PAP Singapura, yang antaranya diasaskan oleh Lee pada 1954.

Tambahan pula, katanya segala perincian kes itu berada dalam genggaman Pengerusi DAP Karpal Singh yang turut bertindak sebagai peguam bela utama Anwar dalam kes liwat yang sedang dihadapinya.

Leave a Reply