Deklarasi Rakyat: Mahathir akui penganiayaan terhadap Anwar – Wan Azizah

Kemungkinan besar Mahathir akan berdiam diri tentang perkara ini. Ini adalah tuduhan yang serius. Kerana Mahathir menagih bantuan Pakatan  sekarang ini, saya percaya beliau tidak akan mengulas.

Deklarasi Rakyat yang diusahakan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah satu perakuan yang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi mangsa sistem, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

“Malah, pengakuan Dr Mahathir itu adalah satu penerimaan secara tidak langsung yang institusi kerajaan tidak bebas, memangsakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan kerana menjadi ancaman politik paling utama kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak,” kata Dr Wan Azizah.

Menurut Dr Wan Azizah lagi, deklarasi itu perlu dilihat berdasarkan persepsi yang betul iaitu ia adalah satu bantuan sokongan daripada Pakatan Harapan kepada Dr Mahathir dan ia bukannya satu bentuk bantuan dari bekas perdana menteri itu kepada mereka.

“Dr Mahathir tidak kuat dan beliau memerlukan bantuan kami,” katanya ketika ditanya tentang dinamik hubungan pembangkang dan Dr Mahathir selepas pemeteraian Deklarasi Rakyat.

Pada sidang media mesyuarat bersama pimpinan tertinggi DAP dan Parti Amanah Nasional (Amanah) itu, Dr Wan Azizah turut menegaskan yang Pakatan Harapan akan terus memperjuangkan pembebasan Anwar.

“Pakatan Harapan pada hari ini menetapkan agenda pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi agenda utama yang akan dibawa bersama-sama agenda reformasi yang lain dalam usaha menyelamatkan Malaysia.

40 Replies to “Deklarasi Rakyat: Mahathir akui penganiayaan terhadap Anwar – Wan Azizah

Leave a Reply