Demokrasi bukan bermakna kita boleh buat sewenang-wenangnya - pakdin.my

“在民主制度下,我们可以有不同意见,但是这不是破坏国家的借口。”
“demokrasi bukan bermakna kita boleh buat sewenang-wenangnya. ”
———
“Meskipun rakyat boleh berbeza pendapat, demokrasi tidak seharusnya dijadikan sebagai alasan untuk memburukkan negara sehingga menyebabkan orang luar hilang kepercayaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata demikian di sambutan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ke-46 di Serdang hari ini.

“Kita lihat sehari dua ini memang ada perbuatan demikian melalui media sosial, tulisan-tulisan tertentu tetapi bagi kita mereka mempunyai agenda tertentu untuk mengaut kekuasaan politik dengan apa cara sekalipun,” tambahnya.

Pihak seperti itu, kata perdana menteri, tidak mampu melakukan hal-hal yang berjaya dilakukan kerajaan persekutuan.

“Jika kita cakap tentang Selangor sehari dua ini, apa masalahnya?

“Air bukan kemudahan yang amat sukar (diuruskan). Kalau kita boleh laksanakan MRT, kereta api tanpa drebar, takkanlah masalah air tak boleh diselesaikan,” kata PM Najib Razak yang mendapat sorakan daripada kira-kira 5,000 anggota RELA dalam dewan.

Menurut perdana menteri, masalah seperti itu terjadi kerana “main politik secara keterlaluan” sehingga rakyat tidak diutamakan.

“Oleh itu, kepada anggota RELA saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana saya tahu anggota RELA rata-rata cukup yakin kepada kerajaan yang ada dan kerana itulah sambutan kita hari ini ibarat lautan dengan topi kuning, baju, beret kuning, dan baju camouflage yang menunjukkan kehebatan anggota RELA yang cukup segak,” katanya.
———
首相拿督斯里纳吉表示,各造不应以我国民主制度为名而任意破坏国家。

他说,尽管政府可接纳不同意见,但为了政治利益而贬低国家的行为不可接受。

首相今天在人民志愿警卫局成立46周年纪念的活动上说:“在民主制度下,我们可以有不同意见,但是这不是破坏国家的借口。”

“为了捞取政治利益的行为,只会导致其他国家对我国失去信任。”

出席者包括副首相拿督斯里阿末扎希、政府首席秘书丹斯里阿里韩沙及人民志愿警卫局总监祖基菲里。

首相纳吉说,社交媒体上充斥滥用民主名义发表意见,进而破坏国家的言论。

他指出,这种只为捞取政治利益的行为,证明有关人士在国家发展议程上缺乏想法。

纳吉揶揄雪兰莪州政府缺乏协助人民的议程,导致该州经常发生水供问题。

他说,雪州水供问题是过分的政治游戏造成,导致人民承受后果。

———-

#PMNajib
#NajibRazak
#DatukSeriNajib
#首相纳吉
#Pasukan
#Rela
#Malaysia
#Demokrasi

UTAMAPOLITIKDemokrasi bukan bermakna kita boleh buat sewenang-wenangnya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium