Demokrasi Digital Di Malaysia Kekal - pakdin.my


“Demokrasi digital” akan terus diamalkan di negara ini dan kerajaan tidak akan menyekat kebebasan itu. Jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu bersandarkan hujah bahawa internet juga menyumbang kepada perkembangan ekonomi dan mewujudkan masyarakat berpengetahuan.
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak/Perdana Menteri”I have no doubts whatsoever that Malaysia has one of liveliest blogospheres in the world and definetely on of the freest if not the most free. Malaysian have to thank Tun Dr Mahathir again for this. When he was the Prime Minister and Malaysia was developing Multimedia Super Corridor, Tun made the promise to the world that Malaysia would never censor the internet. My government is fully committed to that wisdom. We intend to keep his word.”(Saya tidak ragu lagi Malaysia antara negara dengan ruang blog paling rancak di dunia dan antara yang terbuka dan bebas. Rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir untuk itu. Ketika beliau Perdana Menteri dan Malaysia ketika itu membangunkan Koridor Raya Multimedia, Tun Dr Mahathir telah berjanji kepada dunia, bahawa Malaysia tidak akan menyaring internet. Kerajaan saya komited untuk terus berpegang pada janji itu.)
Datuk Seri Najib berkata demikian pada persidangan blogger rantau ASEAN pertama di Malaysia. Turut hadir, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga penaung “Malaysia Bloggers House”.
Menurut Datuk Seri Najib, komitmen bagi “demokrasi digital”  itu diterjemahkan menerusi peruntukan RM11 billion untuk membangunkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi. Ujarnya, walaupun kebebasan diberi, beliau berharap blogger akan hanya menulis perkara yang benar, dan tidak memutarbelitkan fakta atau menyebar fitnah.
Perkembangan Facebook, Twitter dan blog katanya lagi, memang tidak dapat dielakkan dalam mempengaruhi pemikiran masyarakat. Ketika ini dianggarkan terdapat 10.1 juta pengguna Facebook di negara ini.

UTAMABERITADemokrasi Digital Di Malaysia Kekal

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium