DI KALA JABATAN KEHAKIMAN AS SIBUK MEMBURUKKAN MALAYSIA, MUKHRIZ MAHATHIR ANAK ‘SI PENJATUH KERAJAAN’ SIBUK MENAMBAHKAN KEKAYAAN & KEPENTINGANNYA DALAM OPCOM HOLDING BERHAD!

1. Pada 22 Julai 2016 sehari selepas Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB sehingga kepada pembekuan Aset dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative, Bursa Saham mengumumkan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir menambahkan kepentingannya di Opcom Holding Berhad melalui Syarikat KAF Nominees Sdn Bhd dan EB Nominess Sdn Bhd penambahan 29%.

2. Betullah kata orang walaupun Mukhriz Mahathir bukan lagi MB Kedah, mantan CEO Opcom Holding Berhad ini akan terus kaya dan kaya. Syarikat yang mendapat projek gentian optik TM semasa Mahathir PM lagi tak mungkin menjadi miskin.

3. Pada tahun 2009 ketika Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mukhriz telah meletak jawatan sebagai Pengerusi dan CEO Opcom Holdings Bhd. Ketika itu Mukhriz menguasai 65.062 juta saham dalam Opcom. Ia digantikan dengan Mokhzani.

4. Mac 2015 selepas Tan Sri Mokhzani Mahathir menstruktur semula Opcom dan dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), saham Opcom melonjak tinggi 31.2 %. . Bursa Malaysia turut mengumumkannya dalam portal mereka.

5. Media melaporkan Mukhriz Mahathir ketika itu terus memiliki kepentingan 23.5% dalam Opcom di atas namanya sendiri, 20.93% melalui Rezeki Tegas Sdn Bhd. Isteri Mukhriz, Toh Puan Norzieta Zakaria 26.94% melalui M Ocean Capital Sdn Bhd.

6. Opcom Holding Berhad dan Mukhriz
pernah menjadi isu apabila Opcom dan adik- beradik Mukhriz mendapat kontrak daripada kerajaan ketika Mahathir Mohamad sebagai PM. Ia dianggap amalan kronisme dan nepotisme. Opcom pada tahum 2003 mendapat Kontrak membekal fiber optik bernilai RM214.2 juta ‪#‎secara‬ rundingan terus” diberikan oleh Telekom Malaysia kelulusan Kementerian Kewangan. Mahathir Mohamad ketika itu adalah PM dan Menteri Kewangan. Opcom telah memonopoli projek fiber optik TM sehingga ke hari ini . [Rujuk surat MOF bertarikh 7 Oktober 2003]

7. Februari 2015, kerajaan telah menganugerahkan Telekom Malaysia Bhd ( TM) projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB)Fasa ke 2 melibatkan kos RM3.4b. Projek ini turut memberi manfaat kepada Opcom apabila dalam tahun 2015 TM menganugerahkan 3 projek berjumlah RM RM282.24 juta. Maklumlah surat wahyu MOF masih ada.

8. Kroni Mahathir bukan baru malah penghujung tahun 1990-an, syarikat perkapalan milik Mirzan, MISC diambilalih oleh Petronas dalam urusniaga bernilai lebih RM1 bilion. Malah Mokhzani menerusi syarikatnya, Tongkah Holdings mendapat kontrak bernilai ratusan juta ringgit dalam penswataan perkhidmatan sokongan hospital.

9. Sudah tiba masanya Kerajaan Membatalkan monopoli Pengilangan, Pembekalan dan Penghantaran Cabel Fiber Obtik dari vendor TM. Syarat merujuk kepada Opcom haruslah dibatalkan. Beri peluang pengilang dan pembekal fiber lain. Jika boleh lahirkan lagi syarikat bumiputera lain bagi elak monopoli proksi Mahathir. Mereka bersekongkol dengan kuasa asing, pembangkang tetapi kekal mendapat projek ratusan juta. Ini tidak adil. Banyak lagi syarikat bumiputera yang boleh jika diberi peluang.

Captain M
23 Julai 2016

‪#‎Nota‬: Apa lagi Mahathir mahu? Majalah Forbes meletakkan kedudukan Mokhzani di tempat ke-28 sebagai individu terkaya di Malaysia.

‪#‎tolakMahathir‬
‪#‎merekateruskayaTapiKutukKerajaan‬.

4 Replies to “DI KALA JABATAN KEHAKIMAN AS SIBUK MEMBURUKKAN MALAYSIA, MUKHRIZ MAHATHIR ANAK ‘SI PENJATUH KERAJAAN’ SIBUK MENAMBAHKAN KEKAYAAN & KEPENTINGANNYA DALAM OPCOM HOLDING BERHAD!

Leave a Reply