Di Sorok Bunian – Misteri kehilangan kanak-kanak Orang Asli Pos Tohoi, Gua Musang - pakdin.my

 

kanak2-hilang-pos-tohoi-3

“Misteri kehilangan kanak-kanak Orang Asli Pos Tohoi,  Gua MusangKami hidup disebuah kampung yang indah, penuh makanan dan buah-buahan, ada air sungai yang begitu jernih airnya..ramai gadis cantik dikampung itu,” demikian cerita salah seorang anak Orang Asli yang selamat selepas 47 hari hilang di tengah hutan di Pos Tohoi.

kanak2-hilang-pos-tohoi-1

kanak2-hilang-pos-tohoi-2


GUA MUSANG: Selepas penemuan dua rangka pada semalam dan kelmarin, Pasukan Mencari dan Menyelamat hari ini berjaya menemui dua anak Orang Asli yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi yang selamat.

Mangsa, Mirsudiar Aluj, 11 dan Noreen Yacob, 10, ditemui dalam keadaan lemah oleh pasukan tentera yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

Menurut Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli, Kelantan, Nik Man Nik Ya, mereka ditemui sekitar jam 11 pagi Jumaat di kawasan pencarian.

”Dua ditemui hidup dan pihak Tentera Darat telah beri rawatan awal di SK Pos Tohoi pagi tadi. Mereka dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, pasukan mencari juga menemui satu mayat yang belum dikenal pasti bersama dua murid berkenaan.

”Semalam kita jumpa dua mayat dan hari ini kita jumpa satu lagi mayat menjadikan jumlah keseluruhan yang dijumpai setakat ini adalah lima orang termasuk dua yang hidup,” ujarnya.

Nik Man memberitahu, usaha kini diteruskan bagi mencari dua lagi murid yang masih hilang.

Dua murid yang ditemui itu kemudiannya di bawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut sementara mayat yang ditemui bersama mereka dihantar ke unit forensik untuk proses suai kenal.

Tujuh murid Orang Asli berusia antara 7 hingga 11  tahun dilaporkan hilang sejak 23 Ogos lalu selepas melarikan diri kerana bimbang akan dimarahi guru selepas mandi sungai tanpa kebenaran.

UTAMADi Sorok Bunian - Misteri kehilangan kanak-kanak Orang Asli Pos Tohoi, ...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium