Dr Dzulkefly Ahmad Diserang Selepas Solat Subuh - pakdin.my

dr-dzulkefly-di-tumbuk

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad didakwa diserang selepas menunaikan solat Subuh pada pagi Khamis.

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat menerusi kenyataan di akaun Facebooknya pada pagi Khamis berkata, Dr Dzulkefli ditumbuk di muka dan dahi oleh seorang individu yang tidak dikenali selepas pulang dari menunaikan solat Subuh.

“Dr Dzulkifly Ahmad AJK PAS Pusat ditumbuk dan dipukul muka dan dahinya oleh orang yang tidak dikenali selepas beliau balik daripada solat subuh pagi ini. Selepas menumbuk, penjenayah ini berkata “kenapa kurang ajar sangat?”,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut Suhaizan, Pemuda PAS amat berdukacita mengenai kejadian yang berlaku.

Pada masa sama, dakwanya, beliau tidak menolak kemungkinan terdapat pihak tertentu yang mengambil kesempatan membuat provokasi terhadap pimpinan PAS.

“Saya tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan membuat provokasi terhadap pimpinan PAS. Matlamat jahat mereka adalah memecah-belahkan PAS. Moga Allah membalas kejahatan mereka,” katanya lagi.

Sementara itu, pengurus peribadi kepada Dr Zulkefly, B. Sivabalan mengesahkan kejadian yang menimpa AJK PAS Pusat pada pagi Khamis.

Menurutnya, Dr Zulkefly sudah membuat laporan polis berhubung insiden.

“Saya mengesahkan Dr Zulkefly ditumbuk pagi tadi. Beliau ketika ini sedang memberi keterangan kepada pihak polis di rumahnya berhubung kejadian yang berlaku,” katanya.

dr-dzulkefly-ahmad

“Ustaz Haraki PAS Macam Budak”

Krisis perpecahan dalaman PAS dilihat semakin kronik apabila kini kumpulan profesional dalam parti itu mendakwa wujud gerakan dikalangan golongan ulama untuk menjatuhkan mereka.

Mengakui ‘diserang’ kumpulan ulama yang selama ini menunjangi pentadbiran PAS, kumpulan profesional parti itu mula bangkit mencabar golongan ‘ustaz haraki’ bagi membuktikan kesetiaan mereka terhadap parti Islam itu.

UTAMAPOLITIKDr Dzulkefly Ahmad Diserang Selepas Solat Subuh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium