MAHATHIR DAHULU LEBIH KEJAM GUNA ISA

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa zaman pemerintahannya lebih kejam jika dibandingkan semasa era pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang lebih terbuka dan banyak bertolak ansur.

Ketua Bahagian UMNO Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata jika demonstrasi diadakan oleh BERSIH semasa era Dr Mahathir sudah pasti mereka semua ditangkap bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan ditahan tanpa bicara.

“Tun Dr Mahathir Mohamad perlu sedar akan perbuatan beliau yang dahulunya lebih kejam jika dibandingkan dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Jika dahulu, sesiapa sahaja yang menentang tindakan beliau, tindakan ISA akan dikenakan iaitu tahanan tanpa bicara,” kata Ismail dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ismail mengulas tindakan Dr Mahathir yang menyertai himpunan jalan pada Sabtu lalu dan turut menyertai himpunan malam tadi di Dataran Merdeka bagi membantah penahanan Maria Chin Abdullah.

Menurutnya, tindakan Dr Mahathir itu memperlihatkan betapa terdesaknya beliau dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan sehingga sanggup bersekongkol dengan pembangkang yang suatu ketika dahulu beliau lawan.

“Semalam, saya lihat bekas perdana menteri itu beria-ia melaungkan ‘Bebas Maria, Bebas Maria’ bersama penyokong di Dataran Merdeka malam tadi.

“Saya fikir jika Dr Mahathir berada di tempat Datuk Seri Najib, sudah lama Maria Chin dipenjarakan tanpa dibicara.

“Tapi hanya kerana nak menghalalkan niat jahat Tun Mahathir untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib, beliau sanggup untuk bersekongkol dengan pembangkang bagi mencapai hasratnya,” ujarnya.

Ismail menggesa supaya Dr Mahathir menghormati undang-undang seperti mana beliau sendiri ketika membuat tangkapan terhadap musuh-musuh politik, malahan lebih kejam berbanding dengan tindakan kerajaan sekarang.

“Seperti dahulu Dr Mahathir ketika menjadi perdana menteri menyuruh rakyat menghormati undang-undang, beliau sepatutnya mengambil langkah sama dengan menyuruh orang ramai menghormati undang-undang dan bukannya mengambil kesempatan demi semata-mata kepentingan peribadi.

“Dr Mahathir hormati lah undang-undang dan diingatkan supaya tidak terlalu asyik hendak memikirkan diri sendiri yang akhirnya negara tergadai,” katanya.

20161123-mahathir-tahan-isa-reformasi

Malaysia: Malaysia: three reformasi ISA detainees released (22/06/2013)
http://www.omct.org/urgent-campaigns/urgent-interventions/malaysia/2003/06/d16311/

Bukti kukuh tahan 7 aktivis reformasi (20/04/2001)
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_01.htm

Lima ditahan bawah ISA — Disyaki berkomplot rancang demonstrasi jalanan secara besar-besaran (11/04/2001)
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0411&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

37 Replies to “MAHATHIR DAHULU LEBIH KEJAM GUNA ISA

Leave a Reply