Dua lelaki ditemui mati dikelar dalam kereta - pakdin.my

MAYAT mangsa ditemui dalam kereta yang cuba dijatuhkan ke dalam gaung.
MAYAT mangsa ditemui dalam kereta yang cuba dijatuhkan ke dalam gaung.

RAWANG: Dua lelaki ditemui mati di dalam kereta selepas dipercayai dikelar dan dijerut empat rakannya dalam kejadian di Kilometer 10, Jalan Bristol menghala ke Kuang, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa ditemui orang awam di dalam kereta Produa Kembara berhampiran gaung di tepi jalan terbabit.

Mereka dikatakan dalam perjalanan ke Kuang untuk menyambut upacara keagamaan sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, berkata mangsa pertama yang juga pemandu kenderaan dikatakan bertengkar dengan empat suspek sebelum seorang daripada mereka mengambil pisau pemotong kertas dan mengelar leher mangsa.

“Mangsa kedua yang sedar kejadian itu turut dijerut menggunakan tali pinggang keledar selepas cuba menghubungi polis.

“Susulan kejadian itu kita berjaya menahan dua suspek di Taman Pelangi di sini, kira-kira jam 9.30 pagi tadi,” katanya pada sidang media sebentar tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 

UTAMABERITADua lelaki ditemui mati dikelar dalam kereta

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium