Dua warga asing termasuk kanak-kanak cedera ditembak dekat Pasar Borong Selayang

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Dua warga Myanmar, termasuk seorang kanak-kanak lelaki dua tahun cedera selepas terkena tembakan rambang dilepaskan sekumpulan lelaki dipercayai berpunca daripada pergaduhan di Pasar Borong, Jalan Ipoh di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa pertama lelaki berusia 34 tahun cedera di perut, manakala kanak-kanak berkenaan terkena tembakan pada paha kanan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy, berkata polis pada mulanya menerima makluman mengenai satu pergaduhan berlaku di pasar borong berkenaan.

“Sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi dan mendapati berlaku kes tembakan di situ. Kedua-dua mangsa yang cedera ditemui dalam jarak kira-kira 200 meter antara satu sama lain.

“Saksi dikatakan melihat kira-kira lima orang menaiki dua kenderaan melepaskan tembakan secara rambang ke arah orang ramai di situ,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, gerakan memburu suspek selepas itu menahan seorang lelaki tempatan dan kini direman dua hari bagi membantu siasatan.

“Motif kejadian masih disiasat dan gerakan memburu baki suspek sedang dijalankan,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

6
Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Rosnizana Mohd Soud
Guest

Rosnizana Mohd Soud liked this on Facebook.

Hairi Azerin
Guest

Hairi Azerin liked this on Facebook.

Rusdi Ojan
Guest

Rusdi Ojan liked this on Facebook.

BangsaRumpun
Guest

@KamaluddinIdrus Awat jadi lagu tu di Negeri Selangor pimpinan Kerajaan xdak Harapan Amanah ?

adamacho
Guest

Dua warga asing termasuk kanak-kanak cedera ditembak dekat Pasar Borong Selayang https://t.co/2yYnWQU3hF

CyTroHS
Guest

Dua warga asing termasuk kanak-kanak cedera ditembak dekat Pasar Borong Selayang: Dua warga Myanmar, termasuk … https://t.co/RimhOEMHyz