Empat maut termasuk seorang terputus dua badannya - pakdin.my

4-maut-kemalangan-berhampiran-tol-pagoh

Empat maut termasuk seorang terputus dua badannya apabila sebuah lori hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah treler kontena di Kilometer 141.7, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Plaza Tol Pagoh, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Clearance Juwad, 30; Christope Kono, 20; Ramlee Ishak, 42, dan Sofian Ali, 38.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori lima tan yang membawa muatan jagung dan daging beku dipandu Clearance dipercayai terbabas sebelum melintang memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori kontena yang dipandu Ramlee yang penuh dengan muatan barangan elektronik.

Akibatnya, Clearance dan Ramlee serta kelindan masing-masing, iaitu Christope dan Sofian yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan serta tersepit mati di tempat kejadian.

4-maut-kemalangan-berhampiran-tol-pagoh 3
Semasa kejadian, Clearance dan Christope yang kedua-dua berasal dari Sarawak dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, manakala Ramlee dan Sofian menuju ke Bukit Kayu Hitam dari Lapangan Terbang Changi, Singapura.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, siasatan mendapati lori dipandu Clearance terbabas lalu merempuh pembahagi jalan dan memasuki laluan bertentangan.
“Pada masa sama, treler kontena yang dipandu Ramlee bersama Sofian tiba di tempat kejadian dan tidak sempat mengelak. Akibatnya kedua-dua kenderaan berkenaan bertembung menyebabkan keempat-empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Beliau berkata, ketika kemalangan cuaca dalam keadaan baik dan punca kejadian masih disiasat.

Tambahnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Pegawai Kanan Bomba II Mohd. Johar Tunin berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 5.23 pagi sebelum sebuah jentera dan kenderaan bantuan kecemasan dikejarkan ke tempat kejadian.

“Operasi ini melibatkan 12 anggota dan apabila tiba, kami dapati keempat-empat mangsa maut dan tersepit di tempat duduk masing-masing dengan salah seorang daripada mereka terputus dua di bahagian pinggang,” katanya.

Beliau memberitahu, bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan kesemua mangsa sebelum dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

UTAMABERITAEmpat maut termasuk seorang terputus dua badannya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium