Empat Sahabat Dari Kg Delek Baru, Kelang Keluar Memancing Dikhuatiri Lemas - pakdin.my

hilang-kg-delek

Empat sahabat yang keluar memancing berhampiran Pelabuhan Klang, dikhuatiri lemas, setelah lebih 24 jam tidak pulang ke darat.

Mereka bukan sahaja menaiki sampan kecil, malahan dikatakan keluar ketika ribut, tengahari semalam.

Empat Mangsa Dikhuatiri Hilang

1. Mohd Sufian Mokhtar, 28 tahun

2. Shahrianuar Abdul Wahid, 28 tahun

3. Mohd Khairulnizam Shaari, 26 tahun

4. Mohd Fazli Jusop, 28 tahun

Tertera nama 4 mangsa berkenaan.

Kesemua mereka berasal dari Kampung Delek Baru, Klang.

Menurut bapa salah seorang mangsa, Mohktar Md Ali, anaknya Mohd Sufian keluar menggunakan sampan miliknya untuk memancing ikan cencaru dan senangin, kira-kira 5 batu nautika dari perairan Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang.

Kesemua mangsa bertolak dari Pengkalan Nelayan Kunci Air, Kampung Delek, Sungai Sirih Klang kira-kira jam 8 pagi semalam.

Jelas Mokhtar, kira-kira jam 11 pagi, anaknya ada menghubungi rakannya di kampung berkenaan, memaklumkan mereka kehabisan minyak.

MOKHTAR MD ALI / BAPA MANGSA

“Selepas kawan yang bawak minyak tu dia bagi tahu tak jumpa, takpe lah nanti saya call, call tak dapat, call kawan dia pun tak dapat, pas tu saya call balik kul 8 malam tak dapat jugak, mula dah risau dah, lepas tu kawan ada ajak pergi cari dalam kul 12 malam kenalah ribut sekali keluar jugak mencari”.

Bimbang keselamatan mangsa, laporan polis kemudiannya dibuat di Balai Polis Daerah Klang Selatan, pagi tadi.

Gerakan mencari kini giat dijalankan dengan bantuan orang kampung dan Persatuan Nelayan Kampung Delek.

 

UTAMABERITAEmpat Sahabat Dari Kg Delek Baru, Kelang Keluar Memancing Dikhuatiri Lemas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium