Empat sekeluarga mati ditembak di Batu Maung

BAYAN LEPAS – Empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut ditembak dalam kejadian di sebuah kilang memproses ayam di Batu Maung, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu, keempat-empat mereka iaitu pasangan suami isteri berusia 50 dan 55 tahun, anak lelaki mereka berusia 30-an dan cucu berusia dua tahun ditembak suspek yang juga anak kepada pasangan berkenaan.

Mangsa dikenali sebagai Tan Hock Choon, 50, dan pasangannya Tan Saw Sim, 55, serta Chung Wah Tong berumur dalam lingkungan 27 ke 30 tahun dan anak perempuannya berumur dua tahun yang hanya dikenali sebagai Ah Bee.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Razaruddin Husain @ Abdul Rasid, suspek berusia 32 tahun bertindak menembak kesemua mangsa selepas berlaku pergaduhan dipercayai selepas gagal mendapatkan wang untuk membeli dadah.

“Menerusi siasatan awal rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kita mendapati suspek bertindak demikian kerana tidak menjumpai barang berharga selepas menyelongkar bahagian yang dijadikan rumah oleh pengusaha ayam proses di kilang terbabit.

“Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditembak dari jarak dekat sebanyak 11 das menggunakan pistol semi automatik,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, polis percaya kejadian itu dilakukan oleh anggota keluarga terdekat yang kemudian melarikan diri dengan sebuah Toyota Hilux milik kilang itu.

Sehubungan itu, polis kini memburu seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang menaiki Toyota Hilux dengan nombor pendaftaran PLJ 7392 bagi membantu siasatan kes itu.

4 sekeluarga di tembak mati 2

11
Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Mardiah Binti Sabri
Guest

Mardiah Binti Sabri liked this on Facebook.

Md Noor
Guest

Md Noor liked this on Facebook.

Azmi Haron
Guest

Azmi Haron liked this on Facebook.

CyTroHS
Guest

Empat sekeluarga mati ditembak di Batu Maung: BAYAN LEPAS – Empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak ber… https://t.co/B9MtxYr4WO

Acik Ana
Guest
Acik Ana

Otak semua nye dah jadi sarang iblis tu yg tak de perikemanusiaan

Murshahidin Bin Ali Din
Guest

Murshahidin Bin Ali Din liked this on Facebook.

Murshahidin Bin Ali Din
Guest
Murshahidin Bin Ali Din

Ape nak jadi kat malaysia ni asik kes tembak mati je,mengalah kan amerika je,

adamacho
Guest

Empat sekeluarga mati ditembak di Batu Maung https://t.co/HM7VM4QUKx

KamaluddinIdrus
Guest

Empat sekeluarga mati ditembak di Batu Maung https://t.co/4wfaVMrL2c

KamaluddinIdrus
Guest

Empat sekeluarga mati ditembak di Batu Maung https://t.co/VoqbE3mO0c