Enam Aktivis PSM Dihadapkan Ke Mahkamah - pakdin.my

BUTTERWORTH: Enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada Rabu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini bagi menghadapi pertuduhan berhubung pembabitan mereka dalam satu perhimpunan haram dan memiliki dokumen-dokumen subversif tanpa alasan yang sah.

Mereka ialah Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj, Sukumaran a/l Munisamy, 50, Letchumanan a/l Aseer Patham, 49, Choo Chon Kai, 33, Sarasvathy a/p Muthu, 58, dan Saratbabu a/l Raman, 25.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa secara niat bersama memberi bantuan kepada satu pertubuhan haram, iaitu “Bersih 2.0” dengan membawa 600 helai salinan fotokopi risalah haram berkenaan.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 48 (1) Akta Pertubuhan 1966, yang dibaca bersama Seksyen 34, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM15,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mereka juga menghadapi pertuduhan alternatif iaitu secara niat bersama telah memberi bantuan dengan membawa 600 helai salinan risalah yang mempunyai tulisan “Perhimpunan Bersih 2.0”, bagi tujuan satu pertubuhan haram iaitu “Bersih 2.0” untuk kegunaan perhimpunan “Bersih 2.0” yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai pada pukul 2 petang.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya.

Selain itu, mereka turut hadapi pertuduhan dengan niat bersama membawa dokumen-dokumen subversif tanpa alasan yang sah mengikut Seksyen 29 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaanyang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam sebuah bas bernombor pendaftaran NAW 6617 di Tol Sungai Dua, Lebuhraya Utara-Selatan, di dalam Daerah Seberang Perai Utara, pada kira-kira 3.30 petang, 25 Jun lepas.

Hakim Ikmal Hishan (Hishan) Mohd Tajuddin menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 bagi setiap tertuduh dan menetapkan 10 hingga 14 Oktober ini untuk perbicaraan kes iaitu bersamaan dengan tarikh perbicaraan 23 lagi aktivis PSMyang didakwa sebelum ini atas pertuduhan yang sama.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim dan kesemua tertuduh diwakili peguam Datuk C.V. Prabakaran.

————–

Enam Aktivis PSM Didakwa Atas Dua Pertuduhan

Enam aktivis Parti Sosialis Malaysia termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar yang dibebaskan dari Ordinan Darurat minggu lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth, atas dua pertuduhan berhubung pembabitan dalam satu perhimpunan haram bulan lalu dan memiliki dokumen subversif.

Selain Jeyakumar, M. Sarasvathy, 58, A. Letchumanan, 49, M. Sukumaran, 50, R.Sarat Babu, 25, dan Choo Chon Kai menghadapi pertuduhan sama.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa memberi bantuan kepada pertubuhan haram Bersih 2 secara sengaja dengan membawa 600 helai salinan risalah haram.

Pertuduhan mengikut Seksyen 48(1) Akta Pertubuhan 1966, boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda tidak lebih daripada RM15 ribu atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa dengan niat membawa dokumen subversif tanpa alasan sah mengikut Seksyen 29(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Sabit kesalahan penjara tidak lebih 10 tahun atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan itu didakwa dilakukan dalam sebuah bas di Tol Sungai Dua Lebuhraya Utara Selatan, 25 Jun lalu.

Mereka akan dibicarakan bersama 24 aktivis lain yang didakwa berasingan sebelum ini pada 10 hingga 14 Oktober depan

UTAMABERITAEnam Aktivis PSM Dihadapkan Ke Mahkamah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium