Erra Fazira bercerai dengan Engku Emran Talak Satu - pakdin.my

era-engku-emran

Desas desus krisis rumah tangga pelakon popular, Erra Fazira sejak beberapa bulan lalu berakhir apabila perceraian talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin disahkan hakim Mahkamah Tinggi Syariah, di Shah Alam, Selasa. 
Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.

Erra dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5.

Beliau sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga ahli kumpulan KRU Yusry Abdul Halim tetapi bercerai pada 26 April 2005.

Mereka tidak mempunyai anak hasil perkahwinan selama tiga tahun itu.-

UTAMAGAYA HIDUPErra Fazira bercerai dengan Engku Emran Talak Satu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium