ETS Ipoh-Padang Besar mula operasi Julai - pakdin.my

ktm-ETS-padang-besar

Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS), yang menghubungkan Ipoh dan Padang Besar, akan mula beroperasi pada Julai depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, ini antara langkah kerajaan negeri dalam mempertingkat sistem pengangkutan awam bagi membantu serta memudahkan penduduk di kawasan Ipoh dan seluruh Perak.

“Jarak dari Ipoh ke Padang Besar adalah sejauh 329 kilometer dan harga serta masa perjalanan untuk ke destinasi akan diumumkan kelak,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa itu di Ipoh pada Jumaat.

Perkhidmatan ETS pertama negara, yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Ipoh, mula beroperasi 12 Ogos 2010.

Tren pertama buatan Korea Selatan yang mempunyai enam gerabak setiap unit itu mampu bergerak 160 kilometer sejam serta hanya mengambil masa dua jam bagi perjalanan antara Kuala Lumpur dan Ipoh.

Mah berkata kerajaan negeri akan menerima 10 set gerabak selewat-lewatnya awal tahun depan dan setiap satu gerabak mempunyai enam unit tren yang mampu menampung 320 penumpang.

“Pihak kami dimaklumkan projek ini telah siap pembinaannya pada 7 November tahun lepas dan buat masa ini, ‘trial run’ (uji pandu) sedang dilakukan bagi set gerabak yang pertama.

“Kami juga dimaklumkan akan menerima sembilan set gerabak lagi iaitu tiga set pada September serta dua set masing-masing pada November, Disember dan Januari tahun depan,” katanya.

Pada mesyuarat itu, beliau turut mencadangkan agar perkhidmatan tambahan seperti komuter disediakan untuk kemudahan orang ramai di bandar raya ini.

“Kita bercadang untuk mengadakan perkhidmatan komuter selain ETS dari Ipoh ke Padang Besar, iaitu perkhidmatan tambahan sama ada dari Kamunting ke Pulau Pinang atau Butterworth, ataupun dari Ipoh ke Kampar, sebagai contoh,” katanya.

Dalam pada itu, berhubung Skim Transformasi Bas Berhenti-henti yang bakal beroperasi sekitar Ipoh, Mah berkata, kerajaan negeri bersama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengumumkan pada April ini lapan pengusaha yang akan mengendalikan perkhidmatan itu.

Beliau berkata pemilihan mereka akan dikendali oleh SPAD.

UTAMAETS Ipoh-Padang Besar mula operasi Julai

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium