Isu Air Selangor: Faekah kembali menghantui Azmin - pakdin.my

azmin-ali-faekah-

Masih ingat Faekah Husin, staff setia Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang keluar PKR membantah ketidakadilan terhadap bosnya, kini kembali menghantui Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Bukan lagi rahsia, Azmin cukup ‘berbulu’ dengan Faekah yang entah kenapa pandai buat pemimpin PKR disekeliling Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘naik angin’.

Merasakan ada ruang untuk ‘bedal’ selepas melihat kedudukan Azmin goyang akhir-akhir ini berikutan krisis DAP dan PAS selain isu air di Selangor.

Selepas lama menyepi, Faekah yang merupakan bekas CEO Menteri Besar Incorporated (MBI) itu kembali membidas kenyataan Azmin yang meletakkan beban kegagalan memuktamadkan perjanjian air itu di atas bahu Khalid.

Ujar Faekah, tugas Azmin sepatutnya lebih mudah kerana hanya perlu melaksanakan terma dan syarat Perjanjian Utama yang telah dimeterai hasil rundingan kompleks dan holistik selama lima tahun dalam lebih 60 sesi mesyuarat dan perbincangan di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, semasa pentadbiran Khalid.

“Apatah lagi apabila aspek paling penting dan rumit dalam proses penstrukturan semula ini yang melibatkan struktur dan kerangka kewangan telah pun disempurnakan sendiri oleh mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setelah menolak perkhidmatan bank pelaburan antarabangsa, sekaligus menjimatkan Kerajaan Negeri daripada membayar fi dan caj bernilai sekurang-kurangnya RM20 juta,” katanya menerusi satu kenyataan.

Azmin dalam reaksinya Ahad menafikan dakwaan beliau gagal menyelesaikan masalah air di Selangor, sebaliknya menyalahkan mantan menteri besar itu yang mentadbir Selangor selama enam tahun.

Kata Azmin, beliau hanya baru mentadbir negeri berkenaan selama sembilan bulan berbanding Khalid yang telah mentadbir dalam tempoh masa yang lama, namun masih gagal menyelesaikan masalah air.

Faekah dalam pada itu turut menyelar Azmin yang menyatakan kononnya Selangor lebih maju dan makmur di bawah pentadbirannya walau baru sembilan bulan memegang tampuk pemerintahan.

“Mungkin ‘kemakmuran’ yang dikecapi bersandarkan kegagalan demi kegagalan Dato’ Menteri Besar untuk menyelesaikan pelbagai isu berkaitan bekalan air bersih sehinggakan sekitar 600 penduduk Selangor berarak ‘bersenjatakan’ gayung dan baldi ke Bangunan SUK di Shah Alam baru-baru ini?,” soalnya.

“YAB Tuan Azmin Ali telah mempersiakan peluang yang telah diberikan untuk membuktikan keupayaan beliau selama sembilan bulan. Maka tiada jalan lain yang lebih adil dan berfaedah bagi rakyat Selangor melainkan beliau beri laluan kepada yang lebih layak,” ujarnya lagi.

UTAMAPOLITIKIsu Air Selangor: Faekah kembali menghantui Azmin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium