FATWA PULAU PINANG PERLU DILULUSKAN OLEH TOKONG GUAN ENG SEBELUM DIPERSEMBAHKAN KEPADA YANG DIPERTUAN AGONG? - pakdin.my

Nampak teruk sangat DAP dan PKR. Kemungkinan Tokong Guan Eng dan Abdul Malik Kassim dari PKR berbohong.

Jawatankuasa Fatwa itu sendiri kini telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan apa yang di bangkitkan oleh PAS. Tidak hairanlah mengapa Tokong Guan Eng mahu menakut-nakutkan NST dan Berita Hairan yang melaporkan tetapi tidak berani menyaman pemimpin PAS yang membuat tuduhan.

Jika ini benar, maka Fatwa Pulau Pinang perlu diluluskan oleh Ulama Tokong Guan Eng terlebih dahulu sebelum Agong dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong.

“Salleh Ahmad mendakwa beberapa fatwa turut ditangguh exco agama daripada dipersembahkan kepada Agong dan pernah dibincangkan dalam mesyuarat.”


JAWATANKUASA FATWA PULAU PINANG AKUI WUJUD CAMPUR TANGAN POLITIK

Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang mengakui wujudnya campur tangan politik pihak kerajaan negeri terhadap proses pemfatwaan sekali gus membuktikan kebenaran dakwaan PAS.

Ahli jawatankuasanya, Datuk Md Salleh Ahmad berkata beliau turut melahirkan rasa dukacitanya terhadap Exco Agama, Datuk Abdul Malik Kassim kerana terlibat secara langsung mengarahkan jawatankuasa fatwa negeri membincangkan semula isu melibatkan kalimah Allah.

“Sebagai ahli jawatankuasa yang masih berkhidmat, saya menyokong penuh kenyataan bekas ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, Afnan Hamimi, wujudnya campur tangan politik daripada kerajaan negeri terhadap proses pemfatwaan.

“Saya melahirkan dukacita terhadap exco agama kerajaan negeri Pulau Pinang kerana campur tangan beliau ke atas proses pemfatwaan. Ada arahan daripada beliau pada 2010 kepada jawatankuasa fatwa supaya fatwa kalimah Allah yang digazetkan, dibincangkan semula agar keputusan selari dengan pendirian kerajaan negeri pimpinan DAP ketika itu yang tidak bersetuju dengan fatwa kalimah Allah.

“Bagaimanapun, mesyuarat jawatankuasa fatwa pada 2010 tetap bertegas supaya fatwa kalimah Allah yang digazetkan, dikekalkan sebagai fatwa,” katanya.

20170208-exco-pulau-pinang-ganggu-jk-fatwa

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAFATWA PULAU PINANG PERLU DILULUSKAN OLEH TOKONG GUAN ENG SEBELUM DIPERSEMBAHKAN KEPADA...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium