FGV Catat Untung Sebelum Cukai Sebanyak RM89.16 Juta - pakdin.my

FGV

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM89.16 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2014 berbanding RM81.37 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pendapatan naik kepada RM4.32 bilion, bagi tempoh di bawah kajian, berbanding dengan RM3.22 bilion yang direkodkan pada suku sebelum ini, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Khamis.

Sementara itu, syarikat dalam kenyataan berasingan, menyatakan pendapatan yang lebih tingginya itu berkait dengan penyatuan Felda Holdings Bhd dan Pontian United Plantations Bhd.

Mengenai unjuran, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Group Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah, berkata syarikat menjangka harga minyak sawit global akan meningkat dalam suku akan datang, jangkaan turut dikatakan ramai penganalisis, yang pastinya akan memberikan kesan yang positif ke atas unjuran pendapatan syarikat itu.

“Unjuran ini akan diperkukuhkan dengan pengecualian duti eksport MSM sehingga akhhir 2014, serta pengenalan mandat B7 biodiesel kerajaan,” katanya.

UTAMAFGV Catat Untung Sebelum Cukai Sebanyak RM89.16 Juta

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium