Filipina tahan 35 pengganas Sulu - pakdin.my

lahad-datu-sabah_standoff-rtrMANILA: Tentera Laut Filipina mendakwa telah menangkap 35 pengganas Sulu termasuk seorang wanita semalam ketika mereka cuba kembali ke Filipina dari Sabah.

Ketua Pemerintah Tentera di Mindanao Barat, Leftenan Jeneral Rey Ardo berkata, mereka yang ditangkap itu dipercayai saki-baki pengganas Sulu yang memasuki Lahad Datu.

“Mereka sudah pulang (ke tanah air), mereka bersenjata,” kata Ardo kepada stesen televisyen ABS-CBN.

Menurutnya, ketika ditahan para pengikut pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III itu sedang menuju ke sebuah pulau di negara ini.

Jelasnya, salah seorang lelaki itu cedera kemungkinan akibat pertempuran yang berlaku di Sabah.

Ardo menyatakan, ketibaan pengikut-pengikut Jamalul itu menunjukkan mereka panik kerana pasukan keselamatan Malaysia meningkatkan usaha memburu kumpulan tersebut.

“Mereka takut dan kembali semula ke Filipina untuk mengelak ditangkap di Sabah,” katanya.

Sementara itu, jurucakap tentera laut, Leftenan Kolonel Gregory Fabic menyatakan, mereka ditemui kira-kira 12.9 kilometer dari perairan Sabah.

Fabic memberitahu portal berita Inquirer.net, kesemua mereka ditangkap pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan.

Tambahnya, kedua-dua bot pengganas itu dipintas dua bot peronda tentera laut, BRP Mariano Alvarez dan Jose Andrada di Pulau Andulingan, Tawi-Tawi.

“Pihak tentera merampas sejumlah senjata api termasuk M16 dan senapang patah serta peluru.

“Kesemua mereka akan dihantar ke Pulau Bato-Bato di Tawi-Tawi untuk diserahkan kepada polis,” jelasnya.

Sementara itu, di Lahad Datu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin memberitahu, mereka tidak mempunyai maklumat mengenai penahanan pengganas Sulu dalam dua bot tersebut.

UTAMABERITASABAHFilipina tahan 35 pengganas Sulu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium