Fitnah: Malaysiakini ada 48 jam atau disaman UMNO, PM - pakdin.my

MKini-sued-for-2-articles

Satu notis tuntutan saman dihantar kepada portal berita pro-pembangkang, Malaysiakini, di atas penerbitan artikel yang berunsur fitnah bertajuk “A Case Of The PM Reaping What He Sows” dan “How Much Will Najib Spend To Keep Terengganu” oleh portal berita berkenaan.

Menurut peguam Raihanah Ariffin dari firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, yang mewakili UMNO dan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak, notis tuntutan saman itu telah dihantar ke pejabat operasi Malaysiakini di Jalan Bangsar Utama di ibu negara, petang tadi.

“MKINI DOTCOM Sdn Bhd melalui portal beritanya, Malaysiakini secara sedar telah mengumpul dan memilih komen-komen yang berunsur fitnah dan hasutan yang jelas menunjukkan niat jahat terhadap anakguam kami dan telah diterbitkan di laman web tersebut bertarikh 14 Mei 2014 baru-baru ini.

“Biarpun pada awalnya wakil daripada portal berita tersebut berkeras tidak mahu menerima notis tersebut, namun akhirnya mereka akur dan menerimanya,” jelas beliau seperti dilaporkan portal berita rasmi UMNO – UMNO-Online, Khamis.

Raihanah menjelaskan, notis saman itu menuntut portal Malaysiakini untuk:-

  • membuat permohonan maaf,
  • menarik balik artikel,
  • menyediakan akujanji bertulis tidak akan mengeluarkan lagi sebarang kenyataan fitnah terhadap UMNO dan Najib,
  • menyediakan akujanji akan lebih berhati-hati untuk menerbitkan semula komen pengguna secara amnya,
  • serta membayar ganti rugi serta kos perbelanjaan (mahkamah) berkaitan kes ini.

“Segala tuntutan yang dibuat oleh anakguam kami itu hendaklah dipenuhi oleh portal berita Malaysiakini dalam tempoh masa 48 jam.

“Sekiranya mereka gagal, maka kami akan meneruskan prosiding mahkamah bagi permohonan memfailkan injunksi bagi menghalang sebarang penerbitan lanjut berhubung isu tersebut terhadap Malaysiakini,” tegas beliau.

Turut menerima notis tuntutan saman itu ialah Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar dan juga Ketua Editor, Steven Gan kerana telah membenarkan artikel tersebut diterbitkan.

UTAMAPOLITIKFitnah: Malaysiakini ada 48 jam atau disaman UMNO, PM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium