Fitnah Rafizi kononnya PM mungkir janji meleset - pakdin.my

PM-anak-Mat-Said-Kahwin

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengotakan janji beliau untuk hadir pada majlis persandingan anak bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di Teluk Kalong apabila beliau tiba jam 1.15 petang ini.

Ini sekaligus menafikan tuduhan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pada pagi Sabtu yang mendakwa Najib mungkir janji tidak akan hadir pada majlis perkahwinan Ahmad Said.
Ketibaan Najib disambut bapa pengantin perempuan, Ahmad Said.

Rafizi kemungkinan membuat kesimpulan itu apabila melihat Najib sibuk mengumumkan dividen Dana Peladang Kebangsaan serta Kelab 1Azam di Pekan, Pahang selain dilaporkan akan berlepas ke Dubai untuk lawatan kerja pada hari ini.

Malah, sebuah portal pro pembangkang juga membuat dakwaan sama kerana percaya Najib sudah ke Dubai tetapi menarik semula berita itu selepas menyedari Perdana Menteri masih berada di Pekan, pagi Sabtu.

Hadir sama memeriahkan majlis itu ialah Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Majlis itu diadakan untuk meraikan perkahwinan anak perempuan Ahmad, Nor Ashahirah, 27, dengan pasangannya Mohd Syahirpaul Redzuan Musa, 28, yang selamat diijabkabul pada 9 Mei lalu.

Lebih 10,000 tetamu termasuk para kenamaan hadir di majlis persandingan tersebut yang bermula pada jam 10 pagi.

Khamis lepas, Najib menyatakan hasrat untuk hadir ke majlis persandingan anak kedua Ahmad itu sebelum berlepas ke Emiriah Arab Bersatu untuk melakukan lawatan rasmi tiga hari atas jemputan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan.

Ahmad sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mengumumkan keluar dari UMNO menjadi wakil rakyat bebas pada hari yang sama beliau meletak jawatan sebagai menteri besar Pahang, 15 Mei lalu atas alasan pucuk pimpinan enggan menangguhkan tarikh pertukaran MB hingga selesi urusan perkahiwinan anak beliau.

Bagaimanapun Rabu lalu, beliau menarik balik keputusan itu dan kembali menyertai UMNO sambil mengakui keputusan beliau satu kesilapan kerana dibuat akibat hilang pertimbangan.

Dalam pada itu, Ahmad juga hari ini berkata, beliau tidak berhasrat untuk bertanding lagi pada pilihan raya akan datang.

Katanya, ramai lagi calon lain yang boleh mengisi tempatnya.

Mengenai kedudukannya sekarang, beliau juga menyatakan tidak berminat memegang jawatan Exco jika ditawarkan, bagaimanapun akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat Kijal selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).



UTAMAPOLITIKFitnah Rafizi kononnya PM mungkir janji meleset

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium