#FitnahPR : Isu Scorpene: Tiada Keperluan Tubuh RCI - pakdin.my

Tiada keperluan bagi kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pembelian kapal selam Scorpene yang dikendalikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembelian kedua-dua kapal selam berkenaan dibuat mengikut tatacara pelaksanaan kontrak perolehan peralatan pertahanan negara.

“Ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan ATM.

“Selain itu rujukan juga dibuat kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa-klausa kontrak tersebut. Semua terma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementerian Kewangan,” katanya ketika menggulung ucapan penangguhan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Panitai) pada persidangan Dewan Rakyat, Selasa.

Selain itu Ahmad Zahid memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan Malaysia tidak akan memohon untuk menjadi pemerhati di Mahkamah ‘Tribunal de Grade Istance’, Perancis.

“Kerajaan Malaysia difahamkan bahawa tiada perbicaraan berlangsung di Perancis berhubung isu kapal selam Scorpene,” katanya.

Dalam pada itu ketika menggulung ucapan Nurul Izzah yang menyentuh mengenai isu komisen dan penjualan dokumen rasmi Scorpene, Ahmad Zahid dengan tegas menafikan dakwaan tersebut.

“Kementerian tidak pernah membayar sebarang bayaran komisen sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana syarikat dalam perolehan kapal selam Scorpene.

“Perolehan kapal selam tersebut dibuat secara runding terus selaras dengan tatacara perolehan kerajaan dengan syarikat pembuat iaitu Perancis dan Sepanyol yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing.

“Kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai bahawa dua buah kapal selam Scorpene dibeli daripada Syarikat Thales International adalah tidak benar,” katanya.

Selain itu Ahmad Zahid menyatakan bahawa kementerinya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai dakwaan penjualan dokumen rahsia oleh Syarikat Terasasi (Hong Kong) kepada Syarikat Thint Asia (Thales International) yang didakwa bernilai 36 juta euro.

“Kementerian juga tidak mempunyai sebarang maklumat dakwaan bayaran secara berkala daripada Thint Asia kepada Syarikat Terasasi (Hong Kong),” katanya.

Subpoena: Suaram Is The Biggest Liar In Malaysia #FitnahPR
Sepina: Suaram Penipu Nombor 1 Di Malaysia #FitnahPR
#FitnahPR – Razak Baginda’s ‘point-man’ denies getting subpoena
#FitnahPR – Suaram Insulted Laws Of France
#FitnahPR – Suaram Pijak dan Hina Undang-undang Perancis
#FitnahPR – ‘Orang kanan’ Razak Baginda nafi dapat sepina
Scorpene: Tiada Rakyat Malaysia diSapina – Kedutaan Perancis #FitnahPR
Scorpene: No Malaysians Are Being Subpoenaed – French Embassy #FitnahPR
SUARAM, BERSIH DIBIAYAI DANA ZIONIS-YAHUDI
Suaram’s submarine a PKR torpedo?

Isu Scorpene: Tuduhan Tidak Berasas
‘Allegations baseless’ FRENCH PROBE: MP claims magistrates only investigating but not a court case
SUARAM Menghina Mahkamah Perancis

Suaram Insulted Court of France

Dari Mana Phonm Penh Post Ini Datang?

Roger Mitton dan fiksyen kapal selam

Scorpene: Najib Minta RM3.8 Billion Rasuah?

Scorpene: Najib Asked For RM3.8 Billion In Bribe?

Where Did Phonm Penh Post Come From?

Roger Mitton and his fictional submarine report

Scorpene: Kebenaran yang Kini Menghantui Anwar Ibrahim

GEMPAR!: Tiada Perbicaraan Tentang Kapal Selam Scorpene di Perancis

THERE ARE NO TRIAL ABOUT SCORPENE IN FRANCE!

Submarines: Who Is Funding SUARAM To Lie?

Scorpene: Suaram Is Controlled By PKR

Scorpene: SUARAM Didalangi PKR

Kapal Selam: Siapa Biaya SUARAM Untuk Menipu?

Scorpene Issue – Where’s The Beef? Potong Steam lah!

Komisyen Scorpene : Pembangkang Bermaharajalela Menipu Rakyat

Scorpene’s Commission: Opposition’s Constant Lies To Rakyat

Bala Dari Mongolia Menghempuk Kepala Anwar
Scorpene Malaysia: Apa Yang Kita Tak Tahu

Guruh belum…hujan belum…tuduhan dah meletop

Ini dia kontrak selenggara kapal selam Scorpene TLDM

UTAMAPOLITIK#FitnahPR : Isu Scorpene: Tiada Keperluan Tubuh RCI

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium