Foto Lucah Gay: Anwar tuduh cybertroopers UMNO

anwar-fav-gay

Ketika gambarnya bersama seorang pelajar wanita di luar negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjawab kritikan sesetengah pihak yang mendakwa beliau tidak prihatian dengan masalah banjir yang sedang melanda beberapa negeri di Malaysia.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang itu segera menafikan akaun twitternya yang memaparkan gambar lucah pengamal homoseks dan mendakwa akaun beliau digodam cybertroopers UMNO.

Ketua Umum PKR dan ahli Parlimen Permatang Pauh Itu menuduh cybertroopers UMNO  yang menyebarkan foto lelaki homoseksual itu dan menyifatkan dirinya sebagai mangsa fitnah. 

Sebagai menguatkan hujahnya, Anwar turut mendakwa akaunnya beberapa kali digodam sebelum ini termasuk sebelum PRU 13.

“Staf saya maklum blog UMNO sibuk sebar foto lucah yang masuk dalam favourite saya. Sudah beberapa kali berlaku akibat “hack” cybertroopers,” katanya dalam laman Twitter.

Anwar turut menafikan bahawa beliau telah memangkah “favourite” gambar tersebut.

Mantan timbalan Perdana Menteri itu pernah dikaitkan dengan dua video lucah sebelum ini dan pernah disabit kesalahan melakukan seks diluar tabii setelah dipecat daripada kerajaan pada tahun 1999.

Bagaimanapun beliau dibebaskan daripada satu lagi tuduhan bersetubuh dengan bekas pembantu lelakinya pada tahun 2008.  

Anwar menafikan pembabitannya dalam sebarang video seks dan kesalahan melakukan hubungan sejenis.

Beliau menuduh dakwaan-dakwaan mengaitkannya dengan perbuatan seks sebagai fitnah yang disebarkan UMNO bertujuan menjatuhkannya.

 

Anwar nampaknya masih lagi belum mahu sedar

Meh layan…..

Kah Kah Kah…. Apa kejadahnya Anwar Ibrahim FAVORITE kan gambar GAY Adakah itu NORMAL? Rasanya ni bukan normal sebaliknya dah jadi PARANORMAL. kan kan.

Berhempas pulas Anwar ni pertahankan diri kononya bukan dia yang FAVORITE kan gambar  tu. Dengan Macai lu tu boleh le lu auta. Tapi dengan rakyat benda bodoh “NOT ME” ni dah tak jalan. Lu kena guna taktik lain pulak.

 SPIN baik punya Anwar

Ehhh Anwar Ibrahim tak mengaku pulak dan salahkan Cybertroopers UMNO kononya akaun Twitter dia kena HACK. Kalau lah betul kena HACK apasal si Hackers tu just HACK untuk FAVORITE kan gambar tu je? Awat tak godam habis habis akaun Twitter Anwar?

Yang kat atas ni Anwar Ibrahim FAVORITE sampai sekarang masih tak berubah ubah. Apa motif Favorite gambar anak muda lelaki ni? Kah Kah Kah… Macai Macai Macai percaya apa sahaja cakap Anwar Ibrahim nak SPIN mende lagi?

Leave a Reply