Gadis Ambil SPM Dalam Penjara - pakdin.my

Gadis Ambil SPM Dalam Penjara

Seorang gadis berusia 18 tahun yang ditahan reman bagi menunggu perbicaraan dibenarkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM di penjara wanita Pengkalan Chepa.

Remaja berkenaan menduduki peperiksaan ulangan bagi kertas Bahasa Inggeris bagi memperbaiki keputusan SPM yang diambil tahun lalu.

Gadis ini yang ditahan reman sejak dua minggu lalu, berjaya mendapat 5A 3B dalam peperiksaan SPM tahun lalu.

Namun dia mendapat D untuk kertas Bahasa Inggeris.

Remaja yang berasal dari Pasir Puteh ini ditahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan bersenjata terhadap abang kandungnya.

 

 

UTAMAGadis Ambil SPM Dalam Penjara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium