Gaji minimum bagi kakitangan anak syarikat Selangor bukan automatik – Khalid Ibrahim - pakdin.my

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, cadangan pelaksanaan gaji minimum bagi kakitangan anak syarikat kerajaan negeri Selangor, iaitu RM1,500 sebulan, bukanlah secara automatik sebaliknya berdasarkan produktiviti.

Beliau berkata, langkah itu satu usaha menggerakkan syarikat milik kerajaan negeri agar memberikan latihan kepada kakitangannya bagi menaik taraf kemahiran seterusnya membantu mereka meningkatkan pendapatan sendiri.

“Sekiranya ada anak-anak syarikat tidak mampu memberi latihan kepada pekerja mereka, mereka boleh datang kepada kerajaan negeri, kita ada peruntukan,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan Belanjawan Selangor 2012 hari ini.

Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan pelaksanaan gaji minimum mulai tahun depan oleh anak syarikat milik kerajaan negeri di bawah ”Geran Selangorku” berjumlah RM300 juta.

Beliau mengumumkan geran itu, yang diperoleh daripada sumbangan dividen syarikat berkaitan kerajaan negeri dan diuruskan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), antaranya termasuk pelaksanaan gaji minimum, pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang bermula hari ini.

Abdul Khalid juga berkata, di bawah Geran Selangorku, dana sebanyak RM10 juta diperuntukkan kepada anak syarikat kerajaan negeri yang mempunyai prestasi kewangan belum stabil bagi melaksanakan gaji minimum itu.

UTAMAPOLITIKGaji minimum bagi kakitangan anak syarikat Selangor bukan automatik - Khalid Ibrahim

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium