Galaxy Note 7 berasap, pesawat Southwest dikosongkan

CHICAGO: Pesawat Southwest Airlines yang mahu meninggalkan lapangan terbang Louisville, Kentucky semalam terpaksa dikosongkan selepas telefon bimbit seorang penumpang mula mengeluarkan asap.

Penerbangan 994 dikosongkan ketika bersedia hendak berlepas di landasan selepas telefon penumpang jenis Samsung Galaxy Note 7 yang kini bermasalah, terbakar.

“Semua penumpang dan anak kapal keluar dengan selamat dan tenang menerusi pintu utama kabin,” kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Ketika ini telefon bermasalah itu dipanggil balik di seluruh dunia oleh pembuat telefon pintar terkemuka Korea Selatan itu susulan beberapa insiden disebabkan masalah pada baterinya.

Samsung turut menggantung penjualan telefon berkenaan dan memanggil balik 2.5 juta unit di seluruh dunia bulan lalu. Kira-kira 60 peratus pengguna di Amerika Syarikat (AS) meminta agar telefon yang dibeli mereka digantikan.

Pemilik telefon dalam pesawat Southwest yang dikenali sebagai Brian Green memberitahu ABC News bahawa telefonnya itu adalah unit yang telah diganti.

Sebuah laman web teknologi, The Verge melaporkan Green sudah menutup telefonnya sebelum pesawat berlepas.

“Sehingga kita kenal pasti perisian telefon berkenaan, kita tidak boleh mengesahkan ia unit ganti Note7,” lapor ABC News memetik Sambung menerusi satu kenyataan balasnya.

“Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan Southwest untuk mengenal pasti perisian berkenaan dan mengesahkan punca kejadian,” kata Samsung.

20161006-note7-berasap-dalam-penerbangan-southwest

14 Replies to “Galaxy Note 7 berasap, pesawat Southwest dikosongkan

Leave a Reply