Gani Patail teruskan tugas perundangan sehingga bersara - pakdin.my

1mdb-sasatan-petugas-khas

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri menegaskan Tan Sri Abdul Gani Patail yang ditamatkan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara akan meneruskan tugas sebagai Pegawai Perundangan dan Kehakiman sehingga beliau bersara kelak.

“Dengan beban kesihatan yang dialami oleh Tan Sri Gani mungkin lebih baik negara mempunyai Peguam Negara yang baru,” kata Nancy ketika dihubungi.

Tambahnya, bekas peguam negara itu perlu menjalani rawatan dialisis dua kali seminggu dan ia perlu dilakukan secara berterusan demi penjagaan tahap kesihatannya.

Sehubungan itu, kerajaan katanya, memberi ruang yang secukupnya untuk beliau menjaga kesihatan dan menjalani rawatan yang diperlukan.

“Atas keprihatinan itu maka pengumuman dibuat mengantikan beliau dengan seorang yang boleh memikul beban negara dan amanah yang lebih besar di masa hadapan,” katanya.

Setiausaha Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad menyokong pelantikan baharu itu.

Ini kerana penggantinya, Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga katanya, seorang yang berpengalaman luas dalam bidang perundangan dan seorang yang berintegriti.

“Pengalaman luas beliau sebagai pengamal undnag-undang adalah sebahagian daripada pelan transformasi pentadbiran kerajaan,” katanya kepada BNBBC.my.

Antara jawatan yang pernah dipegang beliau adalah sebagai Majistret Kuala Terengganu, Timbalan Pendakwa Raya bagi Kelantan, Terengganu, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia dan Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia.

UTAMAGani Patail teruskan tugas perundangan sehingga bersara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium