Gaya Hidup Mewah Petunjuk Rasuah – Tun M - pakdin.my

mahathir-hidup-mewah

Gaya hidup mewah seorang ahli politik atau pegawai kanan perlu dipertimbangkan sebagai bukti yang mencukupi untuk disiasat kerana rasuah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Mahkamah perlu menerima gaya hidup mewah sebagai bukti mencukupi untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa saja yang disyaki rasuah.

“Jika ini yang berlaku, akan kuranglah peluang mereka di tempat tinggi untuk menjadi rasuah,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Simposium Peperangan Malaysia Menentang Rasuah 2015 di sini, Rabu.

“Malangnya, jika anda pergi ke mahkamah undang-undang, bukti seperti itu tidak cukup. Mahkamah mahu lihat orang tampil ke depan dan berkata, ‘dia mengambil wang daripada saya’.

Bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata, ‘ikan besar’ sentiasa dapat menyembunyikan aktiviti rasuah mereka, kerana tidak tertakluk kepada undang-undang sama seperti orang lain.

“Jika anda mahu mengesan rasuah di peringkat tertinggi, lihat pada gaya hidupnya.

“Seseorang yang rasuah tidak akan mampu mengawal dirinya daripada membelanjakan wang itu, kerana “tidak seronok jika kumpulkan wang berkotak-kotak dan kemudiannya mati”.

Dr Mahathir berkata, salah satu cara paling penting untuk memastikan masyarakat terpelihara daripada kegiatan rasuah ialah dengan memastikan “man at the very top” (orang di kedudukan paling tinggi) bebas rasuah.

“Tetapi, bagaimana anda mahu menghalang beliau daripada menjadi rasuah? Beliau sepatutnya tertakluk kepada undang-undang rasuah sama yang digunakan ke atas orang lain,” kata Dr Mahathir.

Bagaimanapun, katanya, rakyat Malaysia sangat toleran terhadap rasuah di kalangan mereka yang di “tempat tinggi” dan memberi amaran lebih banyak wang akan hilang jika ia terus dibiarkan.

mahathir-hidup-mewah-1

UTAMAPOLITIKGaya Hidup Mewah Petunjuk Rasuah - Tun M

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium